Sunday, 12 May 2013

12 May 2013

Sunday , 11:13 malam , Mini Library

Assalammualaikum and happy nite !

Baiklah , hari ni aku penat sangat . Apa ya aku buat tadi ? Pagi tadi aku bangun dekat pukul tujuh dan buat apa yang patut dan selepas tu aku baring di living room , oh yes ! Aku memang tidur di ruang tamu pun walaupun bilik ada . Malaslah , ruang tamu luas , aku suka lagi . Aku berguling-guling-guling bawah kipas sampailah pukul 12 lebih , aku duduk dan mengusap rambut aku . fuh !

              Dan seterusnya aku buka laptop dan mula menaip , aku perlu menyiapkan satu buku . Insya - Allah , bakal diterbitkan dan dibukukan agak lama juga . Sebab , aku baru saja start menaip semalam pukul dua pagi . Dan kalau nak tahu , aku dan abang ada satu misi . Misi itulah ia berjalan seiring dengan buku tu . Yes !

             Aku tak nak cakap pasal misi aku itu sebab ia agak confidential , ia melibatkan keluarga . Bukan kes yang menyentuh sensitiviti kaum ke haper , cuma ia kemelayuan . Yeah , cukup aku beritahu sampai situ . Kejap , aku dah lupa nak taip pasal apa tadi . hm !


           Oh ya ! Perancangan hari ini tadi . Lepas itu , aku makan kejap dan menaip sahaja sampailah mama dan abah balik dari sekolah . Mama dan abah tertanya-tanya , kok aku dan abang tak balik KL lagi . ehem ! Tak suka eh kami kat rumah ? Ah kuii ~~~ .... So , aku dan abang rancang nak survey kabinet untuk rumah . Fuh , entah haper saja hari ini . Dengan panas , aku sudahlah pakai t-shirt , Ya Allah malas nak tukar baju , soo akhirnya aku terpaksa pakai kardigen warna hite ! Aku tak suka wana hite , tapi hite elegen ! Hari ini , aku asyik bersin sahaja . Gatal hidung aku sebab dua hari ini aku sibuk dengan menyusun perabut actually buku . hohoho !

           Banyak sangat buku dari darjah satu sehingga kami tiga beradik habis belajar sekolah menengah . Wah hai ! Banyak engkau , ni kalau aku buat satu perpustakaan , memang gedik seyh ! Lagipun , memang sedang melaksana projek interior design ni . Keputusan exam hujung bulan ni keluar dan hujung bulan ini jugalah program PGT International start . huhuhu ... Hilang sudah cuti aku , dan selepas itu , aku kena terus pergi Sri Kembangan , practica start 17 June . Fuh !

          Doakan aku ya ! Jangan tanya aku nervous ke dak , ketaq lutut baq hang ! huhuhu ! Baiklah , banyak sangat plan aku cuti sems ni . Aku nak letak gambar actually kat entri tapi apakah malang nasib aku lappie sendiri tak dapat aku guna untuk online . Ini pun menumpang laptop abah , not abah , laptop masjid . huhuhu .

        Aku tak ada benda sangat nak cakap actually . Hurm , sebab satu ni aku tengah marah juga . Dan , ada seorang mamat ni , eii ... aku geram betul . Ada ke patut , ish .. aku terus remove dia dari friend aku . Malas aku nak cakap apakah ia , cuma aku geram , kalau cerita sini lagi panas jer hati , dahlah laptop masjid ni dah panas , kang panas lagi . Tak sejuk-sejuk sampai ke sudah .

Baiklah . Assalam .



2 comments:

Khai faiz said...

semoga cool n x ketaq lutut hang..

Nazeera Chenongah said...

hahaha .... okay man !!!