Showing posts with label Pets. Show all posts
Showing posts with label Pets. Show all posts

Wednesday, 17 July 2013

17 July 2013

10:36 malam , Bilik Hujung Cemara , Rabu
 
 
Assalammualaikum dan salam malam .. :3
 
 
Minggu ni dimana motivasi aku untuk ke ofis hilang separuh . mood raya , semakin membara . tak sabar dah nak cuti , siap aku sanggup ambil cuti potong elaun , who cares pasal elaun , for me , family first . :3 Mood nak buat kerja pun tahap kritikal , mengantuk jer memanjang , asyik-asyik mengadap calendar . parah-parah.
Ya Allah , penat sangat . Badan lenguh , mengadap PC tu ja memanjang , kalau ada kerja tak apa , ni bela kucing . :3 Penat jaga , lari sana sini , terbang sana sini , lompat sana sini , gelongsor sana sini ... duduk diam-diam kan bagus , barulah anak mummy .. :3  ... Tiga belas ekor tu .
 
 
 
 * * * * *

Time lapang tu , aku berfikir sejenak sambil membaca majalah GenQ , berharap dapat memotivasikan diri kembali . Dan akhirnya , semakin mengantuk jadinya , aku tulis balik kata-kata pemangkin semangat , so setiap kali putus semangat , aku akan baca ni . kalaulah berkesan . :3
 
 
 
* * * * *
 
Then , masa break . Aku dah buhsan sangat , aku ajak kawan aku pergi library PNB . Masya-Allah , banyak sekali bukunya seyh . Mahu aku nak jerit jer , ke-happy-an . wiit woot !
beleklah majalah Discovery dan Reader Digest , dan aku terjumpa ni , satu artikel mengenai kucheng .
 
 
Ya , ada benarnya juga sebab baru-baru ni , kucheng ku mati  dan hilang . huhu ...
dan si abang ni sejak kematian adik tirinya , dia jadi lagu mana tak taw ... tak haruan betui ....
mengiaow kuat-kuat sebelum makan .
Nak dijadikan cerita , dulu , sejak ayahnya Biubiu dan Popiie ada , depa tiga selalu share makan , orang letak sampai tiga pinggan pun , gagah nak makan satu pinggan tu . Genetic and Chemistry family . cegitu . hurm .
so , sesiapa , yang pelihara kucheng , silalah jaga kucheng anda dengan baik . TQ .
 
 
p/s : To my mama and abah , nak komen tokan ja komen tu yep .. pastu Profile amek anonymous and letak signature hehe .... itu from mama . XOXO ... :3

 
Mama aku baca wey blog ni , ampa buat perangai senonoh banyak tahu bukan tak senonoh kay ?
repek kejap. :3 mihihihi ~~~
 
 
 


Monday, 20 May 2013

21 May 2013 - Cheras Uptown

2:37 pagi buta , Bilik Hujung , Selasa

Assalammualaikum dan salam pagi pagi uolls !

Penat , tekejut , gembira dan bla bla bla .... Hahaha , so , tadi dalam pukul 9 lebih gitu , abang aku ajak pergi jalan kat Cheras Uptown dengan kawan dia Incik Dzul , fuh sesak lah jugak . Macam-macam kes . Aku yang perempuan just tengok jer dan said wow so nice , okay , oh cute , oh , like it ! Beli air milo jer , apelah ! Incik Dzul macam-macam dia beli , aku ni ? well , uolls , sangat beruntung sapa yang peristerikan aku , sebab kalau bab shopping , aku just tengok jer , save duit uolls .  ahakz ! tolonglaaaahhh !!! . Seyesly , Aku suka survey dahulu , barulah beli . So , gitu caranya .
 
                   Pertama , parking tak dak kenalah parker jauh sikit , okay , masa nak lintas , ada 2 options jejantas or  lintas jalan but ada penghadang setinggi pinggang aku  ,disebabkan aku pakai kain ala-ala Cinderella yang kain ngerbang-ngerbang ni , ada ke patut incik Dzul suruh aku langkah jer penghadang tu  ?? Actually dia bergurau jer . So , aku dan abang guna jejantas , I said to my bro dengan bangganya , we are orang kehormat guna  jejantas , dan aku ketawa sopan ala-ala ahli sihir . guraw jer tu okay .
 
                 Masa naik tangga okay , tapi turun tangga , mak engkau , gayat aku dibuatnya . Aku ada masalah sikit kalau nak turun tangga di jejantas , naik semput sebab aku memang gemuruh kalau turun tangga jejantas errr.... macam nak berguling-guling ke bawah jer . Pernah aku pegang orang sesuka hati sebab nak jatuh tergolek . So , drama swasta berlaku . ehekz !
 
                 Then , sampai sudah , kami makan yong tau foo. Orang pandang aku sebab aku ada dua orang bodyguard , jalan pun tengah-tengah , depan belakang ada orang jaga , sebab aku ni suka menyesatkan diri sendiri pastu call , hello dimana , im lost lah . kan dah menyusahkan orang ramai . boleh pulak gitu ek ?
 
                So , jalan-jalan jumpalah macam-macam . Heliza Helmi datang juga  buat persembahan amal yang kecil kecilan , aku suka baju yang dipakai olehnya , so gorgeous ! Dan , masa tu ada pulak mamat ni pandang aku semacam , dia senyum , aku pun senyum kat dia . Aku perasan dia pandang aku semacam , adakah dia mahu ragut aku ??? Aku ni tak habis-habis dengan pemikiran pelik-pelik .
 
               Tak lama lepas tu , dia tak ada , fuh , lega , then , masa aku pusing tengok sekeliling sebab dari tadi aku tak dapat shoot yang best untuk ambil gambar heliza , dan abang dan incik Dzul tengah berada di mana entah di mana kemana , mamat tadi datang tegur aku .
 
'' Hai , macam kenal . Saya Kamal , awak ? ''Aku macam , hah ? dan respons aku adalah , '' Hah ? '' Dia tersenyum .
 
'' Saya suka awak cara awak berdiri jengkek nak ambil gambar , comel . Nampak macam blogger .''
 
Aku , '' Hah , macam mana tahu ?''
 
'' Jari awak tu .'' Aku blur , adakah dia ni sedang nak pukau aku ?? aku cakap terus terang dengan dia ,'' Awak nak ragut saya kah ?? ''
 
Terus dia ketawa uolls , macam orang jahat pun ada tapi muka baik , ala soleh pun ada .'' Nazeera , sayalah Kamal , budak Unisel . Kita se-batch dulu , tapi awak kelas lain . ''
 
                 Aku terus menepuk dahi dan tersenyum dan berbual pendek dengan dia macam kenal , walhal aku tak ingat langsung dia , kelas lain eh , memang lah aku tak kenal . So , masa nak berpisah gitu , dia minta nombor aku , aku cakap thanks but no thanks . I hope you don't mind . Dia pun macam sedih gitu , so bila abang dan incik Dzul jumpa aku , dia senyap .  So , pergilah aku  meninggalkan dia . Haik , terharu pulak aku , ada orang masih kenal aku . hahahahaha , perasan jer!
 
               Then , masa jalan - jalan ni , ada orang buat persembahan ular ke aper , ia tengah bergayut dengan happy, aku ni terkejut tahap gaban , macam nak menjerit jer , nasib baik aku tak melatah uollsss !!!! seyes , terkejut .. huhuhhuu ... aduyai , ular ular ... dahler aku mimpi ular ni ular muncul depan aku , tengah bergayut pulak tu . Tak faham aku .
 
Then , singgah main dengan rabbit pulak , adalah mamat ni nak beli rabbit koko ni , aku tengah pegang rabbit tu then dia ambil gambar aku dengan rabbit koko . Aku nak marah , tapi ramai orang kut , dia kata ,'' Comel , macam rabbit . Saya nak rabbit koko cik ni pegang .'' Hish , tak habis-habis . Aku pun senyum dan bagi rabbit tu kat dia . So , aku , abang dan incik Dzul pun pergi . Geramlah dia amek gambar aku tu . bahaya bahaya . Nasib baik dia dah ada GF , tapi gatal merla betullah !
 
Ini gambar rabbit aku cerita tu . Koko Chan !! Comel kan dia , tapi mamat tu dah amek dia . Incik Dzul dah berminat mulanya tapi bukan rezkinya malam ni , sabar eh incik Dzul .
 
 
Ini kawan-kawan Koko Chan !!! Noname dan Cigunya !!! Suka hati jer letak nama ! aku suka aku suka !!!! So pilihlah untuk dipanggang , tedia , kejam !
 

 
 
Dapat sambutan rabbit rabit ni uolls ,tak nak bela jugak ke ????? Kalau tak dapat kucheng , arnab okay what ??? hohoho !

                   Ini lampu terapi , wangi sangat . yang abang aku beli untuk rumah .Dia ada Kristal di sekeliling  dan  sangat terang , incik Dzul pun beli juga , but macam touch touch gitu , kalau tak sampai guna tangan , touch guna kaki jer  bagi on . aku macam , buat muka kat dia . hahahaha ..aku suka buat muka macam tak ada perasaan kat  incik Dzul , ketawa dia very ikhlas punya .
 
 
Penat jalan-jalan , lepak kejap kat kedai mamak ,minum sambil online dan blogwalking kejap . Yeah , berkongsi cerita itu dan ini . Esok apa perancangan ???
 
Jadi uolls , esok keja eh ?? selamat keja k , aku dok umah jer  .. hihihihihihi ..... sambil blogging , jomlah keluar sama kalau ada masa . !!!! Aku suka jalan shopping tapi tak beli apa pun . hahaha !
 
jaa ... nite !