Monday 20 May 2013

21 May 2013 - Cheras Uptown

2:37 pagi buta , Bilik Hujung , Selasa

Assalammualaikum dan salam pagi pagi uolls !

Penat , tekejut , gembira dan bla bla bla .... Hahaha , so , tadi dalam pukul 9 lebih gitu , abang aku ajak pergi jalan kat Cheras Uptown dengan kawan dia Incik Dzul , fuh sesak lah jugak . Macam-macam kes . Aku yang perempuan just tengok jer dan said wow so nice , okay , oh cute , oh , like it ! Beli air milo jer , apelah ! Incik Dzul macam-macam dia beli , aku ni ? well , uolls , sangat beruntung sapa yang peristerikan aku , sebab kalau bab shopping , aku just tengok jer , save duit uolls .  ahakz ! tolonglaaaahhh !!! . Seyesly , Aku suka survey dahulu , barulah beli . So , gitu caranya .
 
                   Pertama , parking tak dak kenalah parker jauh sikit , okay , masa nak lintas , ada 2 options jejantas or  lintas jalan but ada penghadang setinggi pinggang aku  ,disebabkan aku pakai kain ala-ala Cinderella yang kain ngerbang-ngerbang ni , ada ke patut incik Dzul suruh aku langkah jer penghadang tu  ?? Actually dia bergurau jer . So , aku dan abang guna jejantas , I said to my bro dengan bangganya , we are orang kehormat guna  jejantas , dan aku ketawa sopan ala-ala ahli sihir . guraw jer tu okay .
 
                 Masa naik tangga okay , tapi turun tangga , mak engkau , gayat aku dibuatnya . Aku ada masalah sikit kalau nak turun tangga di jejantas , naik semput sebab aku memang gemuruh kalau turun tangga jejantas errr.... macam nak berguling-guling ke bawah jer . Pernah aku pegang orang sesuka hati sebab nak jatuh tergolek . So , drama swasta berlaku . ehekz !
 
                 Then , sampai sudah , kami makan yong tau foo. Orang pandang aku sebab aku ada dua orang bodyguard , jalan pun tengah-tengah , depan belakang ada orang jaga , sebab aku ni suka menyesatkan diri sendiri pastu call , hello dimana , im lost lah . kan dah menyusahkan orang ramai . boleh pulak gitu ek ?
 
                So , jalan-jalan jumpalah macam-macam . Heliza Helmi datang juga  buat persembahan amal yang kecil kecilan , aku suka baju yang dipakai olehnya , so gorgeous ! Dan , masa tu ada pulak mamat ni pandang aku semacam , dia senyum , aku pun senyum kat dia . Aku perasan dia pandang aku semacam , adakah dia mahu ragut aku ??? Aku ni tak habis-habis dengan pemikiran pelik-pelik .
 
               Tak lama lepas tu , dia tak ada , fuh , lega , then , masa aku pusing tengok sekeliling sebab dari tadi aku tak dapat shoot yang best untuk ambil gambar heliza , dan abang dan incik Dzul tengah berada di mana entah di mana kemana , mamat tadi datang tegur aku .
 
'' Hai , macam kenal . Saya Kamal , awak ? ''Aku macam , hah ? dan respons aku adalah , '' Hah ? '' Dia tersenyum .
 
'' Saya suka awak cara awak berdiri jengkek nak ambil gambar , comel . Nampak macam blogger .''
 
Aku , '' Hah , macam mana tahu ?''
 
'' Jari awak tu .'' Aku blur , adakah dia ni sedang nak pukau aku ?? aku cakap terus terang dengan dia ,'' Awak nak ragut saya kah ?? ''
 
Terus dia ketawa uolls , macam orang jahat pun ada tapi muka baik , ala soleh pun ada .'' Nazeera , sayalah Kamal , budak Unisel . Kita se-batch dulu , tapi awak kelas lain . ''
 
                 Aku terus menepuk dahi dan tersenyum dan berbual pendek dengan dia macam kenal , walhal aku tak ingat langsung dia , kelas lain eh , memang lah aku tak kenal . So , masa nak berpisah gitu , dia minta nombor aku , aku cakap thanks but no thanks . I hope you don't mind . Dia pun macam sedih gitu , so bila abang dan incik Dzul jumpa aku , dia senyap .  So , pergilah aku  meninggalkan dia . Haik , terharu pulak aku , ada orang masih kenal aku . hahahahaha , perasan jer!
 
               Then , masa jalan - jalan ni , ada orang buat persembahan ular ke aper , ia tengah bergayut dengan happy, aku ni terkejut tahap gaban , macam nak menjerit jer , nasib baik aku tak melatah uollsss !!!! seyes , terkejut .. huhuhhuu ... aduyai , ular ular ... dahler aku mimpi ular ni ular muncul depan aku , tengah bergayut pulak tu . Tak faham aku .
 
Then , singgah main dengan rabbit pulak , adalah mamat ni nak beli rabbit koko ni , aku tengah pegang rabbit tu then dia ambil gambar aku dengan rabbit koko . Aku nak marah , tapi ramai orang kut , dia kata ,'' Comel , macam rabbit . Saya nak rabbit koko cik ni pegang .'' Hish , tak habis-habis . Aku pun senyum dan bagi rabbit tu kat dia . So , aku , abang dan incik Dzul pun pergi . Geramlah dia amek gambar aku tu . bahaya bahaya . Nasib baik dia dah ada GF , tapi gatal merla betullah !
 
Ini gambar rabbit aku cerita tu . Koko Chan !! Comel kan dia , tapi mamat tu dah amek dia . Incik Dzul dah berminat mulanya tapi bukan rezkinya malam ni , sabar eh incik Dzul .
 
 
Ini kawan-kawan Koko Chan !!! Noname dan Cigunya !!! Suka hati jer letak nama ! aku suka aku suka !!!! So pilihlah untuk dipanggang , tedia , kejam !
 

 
 
Dapat sambutan rabbit rabit ni uolls ,tak nak bela jugak ke ????? Kalau tak dapat kucheng , arnab okay what ??? hohoho !

                   Ini lampu terapi , wangi sangat . yang abang aku beli untuk rumah .Dia ada Kristal di sekeliling  dan  sangat terang , incik Dzul pun beli juga , but macam touch touch gitu , kalau tak sampai guna tangan , touch guna kaki jer  bagi on . aku macam , buat muka kat dia . hahahaha ..aku suka buat muka macam tak ada perasaan kat  incik Dzul , ketawa dia very ikhlas punya .
 
 
Penat jalan-jalan , lepak kejap kat kedai mamak ,minum sambil online dan blogwalking kejap . Yeah , berkongsi cerita itu dan ini . Esok apa perancangan ???
 
Jadi uolls , esok keja eh ?? selamat keja k , aku dok umah jer  .. hihihihihihi ..... sambil blogging , jomlah keluar sama kalau ada masa . !!!! Aku suka jalan shopping tapi tak beli apa pun . hahaha !
 
jaa ... nite !
 

4 comments:

Kamsiah yusoff said...

cantik lampu terapi tu...
salm kenal utk tuan rumah

Nazerah Yahya said...

nampakkah designnya tu ?? lampu terang sgt .. huhuu ....but ia Kristal .... nice .lah ...

ewanthology said...

pegi uptown mmg susah parking, tapi pergi shopping complex pun belum tentu dapat parking depan pintu masuk kan kan kan

Nazerah Yahya said...

hahhaa ... yea betul tu !!! ><