Showing posts with label scary moments. Show all posts
Showing posts with label scary moments. Show all posts

Friday, 12 July 2013

12 July 2013

Living Room Cemara , Friday , 08:09 malam .
 
 
Assalammualaikum dan salam ya ramadhan . wiit wiit ~~~
 
 
Dua belas hari ini , banyak benor yang berlaku dan aku sangat sibuk dan malas . Ya , aku sibuk dan malas nak update blog , well who cares kan ? Hari ini , waktu tengahari aku sudah diserang satu fobia sampai aku boleh tertidor di surau . ish ish , naseb bek , rehat lama.
 
Sebelum tu , aku nak buat pengumuman , kepada sesiapa yang ingin berpindah rumah dan ingin berpindah ke Equine Park , Seri Kembangan , baik anda batalkan sahaja hasrat tu yer . Sebabnyer , kat sini tak ada masjid , uolls , betapa susahnya aku nak tahu waktu solat dah masuk ke belum dan waktu berbuka !!! Sampaikan aku kena call mama dan abah di Kedah , diorang dah berbuka or belum . Kalau dah buka , makna kata , kat sini dah lama berbuka , macam tadi . Sangat menyedihkan , sini surau ada tapi tak berfungsi , kadang kala tu dengar azan , lepas tak dengar dah.

 
* * * * *
 
Pada hari Khamis iaitu semalam , adalah hari yang paling memenatkan sebab ini semua gara-gara orang tu yang suka menyandar kat aku yang kecil ni . Eii , rasa macam nak menjerit jer , rasa macam nak cakap , '' sir , will you stand properly , i'm not your wall ! tapi apakah daya , dengan aku sakit tekak dan selesema dan batuk , tak berdaya untuk kuluahkan tapi aku hanya bersabar , bilalah nak sampai Serdang ? dalam hati .
 
then suddenly , ada budak-budak Univ ni berdiri kat belakang aku , diorang perasan macam akukena himpit teruk , so masa tren tu berhenti , terus dua orang budak ni bergerak dan letak dua beg di belakang dan kanan aku . Dan salah seorangnya berdiri belakang aku dan dihadang oleh beg di lantai . Dan aku kureng selesa sebab banyaknya lelaki dan hanya ada seorang makcik India depan aku , dan yang lain lelaki , masa tu aku dah fikir , aku salah naik koc ke ?  So cegitulah  , baik budak ni , terharu pulak aku . Masa tulah aku dapat bernafas dengan baik .
 
Dan , masa tu dah nak sampai Serdang , orang dah semakin berkurang , kawan dia suruh injak sikit sebab kawan dia kat belakang tu pun kena himpit . Budak belakang aku ni cakap ,'' Tak boleh , nanti aku pijak kaki akak ni .''
 
Well , akak ? he called me akak , wah , terima kasih adik . Alhamdulillah , ada jugak yang mengakui aku sebagai kakak , selalunya orang panggil aku adik dek kerana saiz aku yang kecil tapi bukan kerdil . harap faham . then sampai Serdang , aku hanya mampu tersenyum tanda trimas kepada mereka sebab aku tak boleh bercakap . Bubye ~~~
 
 
* * *  * * *
 
Kisah kedua KTM jugak , aku tak ingat bila but , this is quite funny lah . On the way , balik Serdang , tren ni berhenti di Mid Valley dan aku berada dalam koc perempuan , so pada suatu saat , ada seorang guy ni boleh pulak sesat masuk ke sini . Dahlah duk berdiri depan aku ,oprang kat situ dan pandang-pandang , amenderlah budak laki ni masuk dalam koc perempuan , tak dapat beza ke haper ?
 
so , pintu masih terbuka , adalah auntie cina ni  berani bersuara ,'' Ini koc perempuan , dek .'' Semua dah macam , Yes ,  bagus-bagus , shuuu shuu ke koc lain . Dan dia  bersuara balik .
 
'' Saya perempuanlah auntie .''
 
Mahu tak tergamam kami semua , muka dah encem ngupernya perempuan . hurm . Baru sedar gamaknya , bila naik tren , diri gender apa . haish . Jika kamu masih mengekal keperempuanan kan lawa , kulit tu licin dan cerah . hurm hurm .... ish ish ish . duniya duniya  .
 
* * * * *
 
Semalam aku solat terawih di UPM , bukan semalam jer , tapi semalam dan semalam pun sama . Dan , semalam aku terlupa bawa cermin mata , memang parahlah kalau tak bawa cermin mata . Aku memang harus ke toilet . Aku ni bukan main laju lagi ke toilet , bila sampai dekat , OMG , toilet lelaki , kebetulan ada sorang pakcik kuar dari situ , kunun jer dengan pantas aku membelok ke koridor menuju ke musollah wanita . walhal , malunya !!!! untung pakcik tu sorang . kang , nayaaaa nayaaa ~~
 
Sampai kesudah , aku tak jumpa pun toilet wanita . hukhukhuk ~~~

Juga , masa tengah solat ni , boleh pulak budak-budak kecik ni main aci nyorok dan ragbi depan ornag sembahyang pulak tu dan depan aku pulak , dah barisan terakhir , what do you expect ? macam-macam boleh berlaku , siap boleh guna telekung aku yang besar tu untuk menyorok ???
tak faham aku.

mak-mak dan nasihat pada diriku juga , jagalah anak-anak anda dengan baik . kerana anak-anak yang mencerminkan sifat dan sikap ibu bapa dalam mendidik anak . TQ .
 
* * * * * *
 
Hari ini , aku pergi ofis dengan rasa yang sangat mengantuk , boleh pula terlelap dalam tren . ish ish ish . Memang tak dapat focus pun masa buat kerja , untung kerja tak berat sangat . Entah berapa banyak error aku dah buat . bahaya benor .
 
So , masa waktu tengahri tadi , diroang duk sembang-sembang bedan yang sama selama ni aku dengar .
 
'' Din lalu kat sini nak ngorat ko lah Kak Bai oi ''
 
Kak Bai balas , '' amendernyer , ni haa ada anak dara kat sini , apa pulak nak pandang-pandang aku .''
 
Aku dan Kak Tina gelak-gelak jer , dan aku sama sekali tak dapat detect maksud sebenar . So , pada suatu saat ni , Kak Tina , Kak Bai dan Bang Zul duk buat lawak sebut nama abang Din . Amek kaw jah , Abang Din muncul dengan serta merta . Kami semua terdiam sebab bang Din jenis baran dan perangainya agak pelik .
 
Lpeas dia borak gurau dengan bang Zul . Kak Tina bisik kat aku ,
''bang Din tak kahwin lagi taw . Hati-hati .''
 
Mahu tak terkedu , terpaku dan tergamam dan macam ak pengsan time tu . Bukan apa , seyesly mulanya aku tegur dan senyum kat dia . but , satu malam tu aku mimpi dia sedang tenung aku weyh . esok esok tu terus aku jadi sombong .
 
Dan , masa tulah , Kak Bai dan bang Zul kata , '' Siap ko Yah( akulah Yah ) , mahu dia perhati ko .''
 
Lagilah aku gerun dan rasa macam nak menyorok bawah meja . Aku buat kerja pun , tunduk jer , sebab dia selalu lalu lintas kat meja kami .Patutlah , abang Zul dan Kak Bai asyik duk kata , benda yang sama sebab sebelum ni tak pernah pun macam ni .
 
Lepas tu , aku kena pindah meja ke meja sebelah mengadap pintu . Then dia berdiri wey bila Nampak aku duduk di tempat dimana dia boleh perhati . AKu perasan , dia nak tengok saper jer selain aku sahaja dan dinding . Masa tu , aku berharap sangat waktu lunch cepat , aku nak lari ke surau .
 
Pastu kawan Mesir yang aku cerita dulu kala call aku . Budak ni memang selalu muncul pada waktu yang tepat dikala aku ketakutan kesedihan mesti dia muncul melalui panggilan dan mesej . Macam tahu-tahu jer . Lega dia bagi kata nasihat dan semangat . kureng ketakutan dan fobia aku .
 
Sampai pukul lima , aku jadi pendiam dan tak dongak dan budak Mesir ni bagi nasihat kat aku yang membuatkan aku rasa macam ia mungkin menjadi salah satu factor yang membuatkan aku berubah .
 
'' Zeera ni peramah sangat , mesti dia suka zeera senyum dan tegur dia . See , dia tak kahwin lagi . bahayalah zeera , lepas ni , nak senyum tengok orang , nak tegur pun tengok orang . Tak pe zeera Allah ada , saya pun ada .''
 
Time tu kan , aku rasa macam nak nanges jer , nak jumpa mama dan abah dan abang . Macam nak berhenti dan tukar tempat practical lain . Takutnya , aku tak suka ditenung dan diperhati . Aku siap pakai sweater abang sampai rumah , entah apa yang ditenung entah .
 
Sekali pandang rezeki , yang lain tu dosa tahu !
 
Tuhan Sedang Menguji Kita .
Rindu mama abah adik schascha oyen dan piano.
sorry takda pictorial , line slow .