Showing posts with label Girl's Stuff. Show all posts
Showing posts with label Girl's Stuff. Show all posts

Thursday, 19 December 2013

20 December 2013 - Dam ! Dam ! Dam ! Part 1


09: 43 pagi , Jumaat , Teratak .
Assalammualaikum dalam salam pagi Jumaat habibi semua !

Apa kabar kalian semua ? Aku dah rindu sangat kat ampa semua , nak saja aku list semua nama yang aku sangat rindu tu , nak baca blog korang yang ohsem dan penuh cerita . nyut nyut ! hehe ... 
Wah , lamanya tak update ! Baru hari ni dapat aku ber-blog-ging . Yelah , dah jadi senior , so kenalah busykan diri walaupun aku sebenarnya tak ada busy mana pun . Jalan merata adalah . Tulah kerja aku . Tiga minggu lepas , kuliah dah bermula , ampa taw dak , otak minda akal aku semua menetap kat Paris . Dalam kelas ni , aku macam OUT OF EARTH . Berangan nak jadi Taylor Swift tak ke sudah . Aku sendiri tak faham kenapa diri aku macam sebegini rupa . uih ~ 
Banyak cerita aku nak share kat sini , tu lah masalahnya . masalahnya diri aku ni tak reti nak jadi rajin dan penuh kesungguhan seperti aku mula-mula ber-blogging . kemain jari tu menaip laju sakan , entah apa saja aku bebel . huahuahua . aku memang tak faham diri aku ni . Maafkan ku sayang ! 
Sebelum masuk kuliah sebagai pelajar tahun akhir dan merupakan senior semester 5 ( nampak tak betapa aku nak mention sangat aku ni senior ! tolong lempar aku ke dalam laut dalam yang ada banyak ikan bilis , please ! ) , aku dan dua orang kawan aku ni pergi dating kat Mengkuang yang ada Dam . Haa , tahu ka apa dia Dam tu ? bukan Damn Damn ,  lagu Avril okay , ni Dam , empangan . Mengkuang Dam di Bukit Mertajam .  Syok wey , sampai aku nak makan burger McD yang sedap tu pun tak tenang . Mata ni duk meliar tengok sekeliling , otak duk ligat berfikir cemana nak posing model kat sini , tak duduk diam , mulut ni berceloteh satgi buat itu dan ini . Kawan aku yang dua orang ni pun dah pening . Aku ni memang , suka buat jakun kat semua tempat yang aku pergi . Ni kalau orang tipu aku ada ikan ‘Josh’ pun aku 1000% percaya punya . dah , stop melalut !

Jom layan ! 

Mari saya perkenalkan anak-anak gadis yang cumil – cumil . Gambar dari kiri itu aku tak kenal sangat sapa dia , dialah yang dok bising-bising kat Mengkuang Dam tu , excited tak pepasal . Kunun jerk an boleh nampak prince charming kat pulau sebelah sana .
Yang tengah tu , Husna or kami panggil dia Anna or Una saja . Nampak kan betapa dia seronok sebenarnya bergambar dengan signboard kat situ .  Aku pun tak faham , kenapa dia fanatic sangat . aku kebingungan . hehe …
Yang belah kanan pula Ishaa , kalau ampa ingat dengan dialah aku dating kat KLCC . hehe . Wey , ampa Nampak dak betapa cantik suasana kat sana . ohsem kan ! >< 

 



YES ! YES ! YES ! Dah sampai ! Kami bertiga dah siap sedia dengan bekal belian kami tadi , iaitu McD with the prosperity . kiyaaahhh >< … Best wey , ada angin , nak makan puj tak tenang wey , aku rasa macam nak landing terus lelap kat situ taw ! syok wey!  Tolonglah faham perasaan aku yang tengah syok tahap nak terjun ke dalam tasik tu !


Kat sini kan memang ramai berposing model kat sini , berjoging , berpiknik bersama keluarga , berdating dengan pakwe dan makwe , ber-campfire kat situ , berkayak tak boleh , memancing tak boleh , ampa boleh duduk saja tak buat apa-apa dan bergosip . haaa… bahya pulak aku rasa . haaa .. cuba nengok anak- anak gadis di atas , mereka senantiasa menggunakan peluang keemasan ini , dengan sudi menjadi model saya . muahahahaha ~~~
Ceritanya kalau pakwe or makwe lu merajuk , nilah gayanya . Merajuk pun ada style taw kalau ampa duk kat sini . Feeling titanic ~ 

   
Oh yeah , posing lagi , kesian wey kat depa dua orang , jadi model . Kejap kejap aku arah posing cegini cegitu , untung tak pengsan bergolek ke dalam tasik , jenuh aku nak renang , kang , dengan aku pun orang selamatkan . mikmik ~~~
So , ceginilah wey , kalau duk kat mengkuang dam , korang rasa sangat tenang dan nak duduk , nak makan , nak berbual tu , pemandangan sangat luas taw . subahanallah .. seyes cantik suasana .. aku rasa macam nak masukkan mengkuang dam ni dalam blog , bagi ampa semua rasa sendiri .  
Baiklah , apa yang best sangat dan apa yang boleh korang buat kat sini dan apa manfaatnya korang pegi Mengkuang Dam ni ? Haaa .. sekarang duduk senyap- senyap , kunyahlah makanan yang sedap sambil membaca . :3

Pertama
  

Untuk guys di luar sana , Inilah tempat paling romantic kalau korang nak melamar seseorang . korang nak sambut anniversary ke aper , gerenti mesti pengsan bakal isteri dan isteri korang tu . Korang tutuplah mata dia ke haper pastu kasi saspen then bawa dating kat sini . Perghhh , tak sempat korang nak melamar , terus pengsan jerit-jerit nanges-nanges dibuatnya .
  See , aku siap melamar Una supaya jadi model aku lagi !

Kedua


Kalau korang dilanda masalah dan kesedihan , ini lah tempat yang sesuai korang nak melempaskan kesedihan . Yelah , korang break up dengan kekasih tercinta ka apa , apa-apa yang berkaitan dengan sedih . bolehlah korang pergi duk kat sudut titanic tasik tu , pastu korang kutip ranting kayu dan main dengan air dan nyanyi Jujurlah Sayang . Gerenti, lepas tu mesti ada yang berkenan kat korang . haaaaa ~~~
Nampak tak betapa bernasnya idea budak kecik ni . huwaaakk ~~
Selamat mencuba wey ! aku sayang korang !

Ketiga

Part paling best untuk kanak-kanak , diorang bolehlah main permainan tradisional ka apa , main sek sek boom boom ka , macam akak Una kita . Or main kejar mengejar , hide and seek dilarang ya anak-anak, tempat besar kang kuar paper , ‘’ Anak Hilang Ketika Main Aci Nyorok Di Mengkuang Dam ‘’, haa pastu adalah benda tahlul orang perkatakan , tak bek wey , jagalah anak-anak anda ya .
Korang tengok kawan aku ni ,  siap bersimpuh wey kat rumput , gadis melayu Sungai Petani taw tak ! Rumput situ gerenti bersih dan hidup menghijau . :>

Keempat

Bagi yang rasa macam nak ber-bollywood , boleh lah kut . Korang nak berromantik dengan gaya kuch kuch ho ta hey kat pokok yang rending , memang okaylah kut aku rasa . Nampak tak , betapa hebat anak-anak sekarang menari pokok . no puja muja ya anak-anak . :3
Korang Nampak tak , abey wey kat belakang sana . entah apa yang dia fikir tengok kami menari-menari kat pokok tu . ish ish ~~

Kelima  

Terbaik untuk gadis-gadis , kat sinilah korang bolehlah cari calon suami . Badan tough tough wey , haaa … yang tak mau cari calon just datanng nak cuci mata , jagalah mata ya , kang korang pi usha suami orang , kang buat drama swasta tak berbayar pula . mahahaha .. ~~~

Keenam 

Terbaik untuk guys sana , kat sini lah juga tempat terbaik korang nak cari bakal isteri , misalnya macam anak gadis di atas , kalau Nampak posing cun gaya model tu , memang sah lah , diorang bersedia nak jadi isteri korang . mahaha ~~~

Ketujuh

Kalau korang yang jenis suka kuat berangan macam aku ni , silala datang sini . Bolehlah korang layan angan-angan korang tu melayang ninggi kea wan sana yang lagi luas . :3

Kelapan

Membina diri yang baik dan menanamkan sifat yang baik dan mulia . ewah , ayat . Kat sinilah korang terasa berbudi . Kalau korang dah jalan kat tempat cantik camni , Nampak sampah mesti korang kutip wey , tak sampai hati wey . Kat sini taka da cleaner taw , pengunjung yang datang situ yang menajdi cleaner . sendiri bawa sampah , sendirilah buang sampah di tempatyang betul. Haaaa ~~~

KESEMBILAN


Tempat yang best untuk photoshoot gambar kawen . Nampak tak kawan aku dua orang ni dah siap posing macam bride of the day pula . haaa ~~ korang tak nak ka ? aku dah promote habis habisan ni . And kat sini , dimana, korang akan asyik sebut nama Allah , berzikir . Bersyukur sangat .

KESEPULUH  

Korang boleh tengok kapal terbang !!! hehe .. syok wey !!! langit tu terasa luas sangat . hebatnya Allah swt . masih lagi kita tak pandai bersyukur ?

Okay , dah cukup sampai hari ini .
Next Entri nanti insya Allah , Malam Cinta Rasul , Mama Date with my Girlfriends , Tasik Beris Ladang Anggur , Dam ! Dam ! Dam ! Part 2 , Aku , Adik dan Gitar , dan banyak lagi . Insya Allah .
Assalammualaikum ! :3

Monday, 16 September 2013

16 September 2013

Cemara , 8:35 pagi , Isnin
 
 
Assalammualaikum habibi semua .
isenin ampa semua cuti kan ? oh oh oh ~~
Salam Hari Malaysia everyone !!!! sambil terloncat-locat kat balkoni ~
 
 
Weekend ni , aku dan abang banyak plan tapi , kereta ni buat hal sungguh . ada jer nak protes , tak bagi jejalan . So , aku pun date lah dengan kawan baik aku Isha Sharuu di sekitar di KLCC Suria semalam which is Sunday !
Ada show motor berkuasa tinggi wey , badly , aku terlupa nak ambil gambar aku lalu cegitu jer . huahua
 
Rancangannya bukan jejalan tapi sambil tu buat final report intern , aduyaii , lagi beberapa minggu ja nih , tak taw lah , presentation pun tak buat lagi , report untuk PNB pun tak buat lagi . adusss ~~
okay , cukup rungut sana sini .
 
 
Alang-alang , di KLCC , aku dan Isha berlagak anak mak datuk datin , masuk kedai famos emez sesuka hati , speaking omputih saiz ni ada ke tak ? warna ni ada ke tak ? lastly , '' It's okay , thank you '' dan pergi begitu sahaja . memang terbaik sangat . frust gila aku rasa salesman dan salesgirl tu . kami ni layak  shopping kat pasar malam ja . huahua~
 
 
  Haaaaa !!! kasut terlekat , tak boleh tanggal , dia suruh belilah tu . at Vincci !
 

 
''adik , apa kata kita culik buah durian ni ? ''
sudah biasa diorang kat kampus dan temasuk isha panggil aku adik , sebab aku kecik okay everyone , get it ? :3

 
Seyes ka ni , hang nak makan benda ni ? cokelat durian , kami rasa pulut durian sedap lagi paa ...  :3

 
Donut tu!!!!!!! Awat aku rasa macam selimut yang aku pakai macam sama kaler dengan dinding kedai donut nih ??? musykil musykil ~~
 
Lepas jejalan , singgah KFC . Rancang nak pi Mcd , tapi disebabkan ada berita pasal tidak halal semuanya , haaa .KFC saja gamaknya , sambil sembang pasal percintaan lah , isha jer cerita aku gelak-gelak jer dengar , tak ada kisah cinta pun , kisah kawan dan musuh , macam-macamlah .
 


 
 
muka kenyang pelahap 4 ketul ayam . uhuiihhh ~~
Pastu isha tarik-tarik amek gambar , aku ni payah sikit kalau nak bergambar , kalau ya aku selalu tutup muka , pemalu gamaknya ~~~~ ceiiihhh ~~
tapi kalau dah bergambar , muka macam-macam style aku buat sampai semua pakat meluat .. huahua...
 
On the way , nak balik , aku dan isha jejalan kat sekitar air pancutan . Uihh , patutlah ramai orang suka dok berdua-duaan kat sini , romantic baq hang . Aku dan Isha dah terkebil-kebil nak lalu kat situ . malu kut . malu tengok diorang ni bukan muhrim berduaan , berpelukan dan macam-macam aksi yang aku tak sanggup nak tengok .
 
 

Isha dan bangunannya . haha ~~
 


Drama akan datang , Aku Bukan Dia , Dia Bukan Aku .
Nantikan Disember ini .
 


Curi-curi amek gambar kami  ek , isha ?
 

 
KLCC , agak-agak kalau jatuh dari atas tu , sampai bawah jadi apa ?
boleh buat Final Destination 6 nih !

 
Public Bank for Public View . :3

 
Aku tengah skodeng orang ni , ada mamat omputih encem oh !

 
kami amek gambar ampa lak isha ! :3

 
Movie akan datang , Lady , Lost In the City !

 
Cari tangga ke LRT , ngak ketemu deh !
 
 
Kasut kami !

 
Bang , menara kembar tiga ngak ada ya bang ???


 
Dah lah , jom balik anak-anak ku ... udeh malem ! ayup pulang , kita makang nasi goring kampong kat umah ya !
 
 
YA , dah habis . Aku tahu banyak tayang muka ja , hahaha ... dah tak tahu nak buat apa kat KLCC tu , report dah settle , so bahagiakan diri , tak lama dah aku kat KL , nanti dah nak balik Kedah , sambung tahun akhir sebagai pelajar Senior Akaun !! uwaaa ~~~ bestnyaaa !!!
 
 
Okay , perut lapar , nak makan . jaa dee !
Ingat satu pesanan , kawan tak kisah berjuta pun , less believe , less talk , less secret .
faham-faham saja . :3
 
 
Oh , ya , ada ulama tersohor baru sahaja meninggal disebabkan barah otak ,
Al HABIB Munzir Al Musawa . Hilang sudah satu permata dunia islam .  minta semua sedekahkan al fatihah ya .
 
assalammualaikum , senyum taw lepas habis baca . saya doakan kamu sihat dan dipermurahkan rezki dan panjang umur . amin ..

 


Sunday, 14 July 2013

14 July 2013 - Daiso Stuff

Sunday , Bilik Hujung Cemara , 03:15 petang
 
 
Assalammualaikum dan salam ...
 
Wahai diri , hari ini terajin lebih update dua kali . who cares kan ?
Tadi aku pergi Jusco Equine , takderlah jauh sangat . Aku nak beli gam jer sebab aku nak bagi kad raya ni haaa .. Berlonggok aku dapat kad raya free oh ~~~ Mahu tak gumbira , so , setem dah ada , apa lagi , jom tulis ucapan .hokhok , masa tu abang ajak gi Daiso , kedai Jepun , dah banyak kali aku pergi sana , memang seronok ke Daiso , macam-macam boleh beli dan cuci mata . wiit wiit :3 Aku sangat suka masuk Daiso . Duk berjam-jam pun takpa .
 
Tengah sibuk mencuci mata , aku jumpa clip board ni , wow , mataku bersinar-sinar gitu . So , apa kata hati , ''beli lah , cumil nih , macam-macam ko boleh guna benda cumil ni'' .
hurmmm ...
apa pulak kata otak , ''okay , internet access , beli saja benda ni , boleh guna masa kuliah , kan meja kuliah kecil , so , guna jer benda ni . Trust me , lepas ni , mesti ada orang akan ikut cara kau guna clip board ni . ia sangat membantu.''
 
 
So , sudah sebulat suara , aku beli sahaja , Saiz  B4 .Senong yop nak menulis nyer , nak baca buku ke haper , tak yah letak atas riba lagi .  Well , guys , kalau korang rasa ia pun membantu korang , dipersilakan beli di Daiso berdekatan dengan anda . Ia sangat awesome .
 
*    *    *    *    *
 
Lepas tu , jalan sana sini , aku pun terjumpa cermin ni , boleh bawa ke mana saja , senang lah , takyah nak rebut engan orang , guna cermin sendiri jer dan aku pilih yang kosong covernya , bolehlah aku decorate apa-apa atasnya  , wiit  wiit . Yang pasti , and boleh pilih saiz kegemaran dan warna or corak kesukaan anda di Daiso berdekatan dengan anda .
 
 
Nak decorate apa jer kat cover nih ? maybe nama , facebook , blog dan etc etc ....wahaaa
erkkk :3  
 
*   *   *  *  *  *
Well , lepas tu , aku sambung jalan lagi , pusing dua tiga kali di tempat yang sama , manalah tahu aku terlepas apa-apa yang menarik dan cumil . Then , abang aku datang tunjuk benda alah ni . Mula-mula , aku ingat eraser , aku dah buat muka senget , taknaklah eraser, orang dah ada banyak kat rumah . Nampak sangat kerabunan aku ni teruk , tak reti baca terus men bantah .
 
 
Ngupenyer , benda ni , abang aku ni sangat memahami . Benda ni , apa namanya , Earphone Reel . Gunanya , lilit jer earphone kat kucing Blackie ni pastu letak dalam beg , nak dengar music , kuarkan jer  satu lilitan . Kan senang !! wahahaha .... Suka aku tengok benda ni , macam eraser. Tak der dah terbelit lagi .
 
Or , kalau rasa membazir , guna bekas lilit benang bukan yang kertas taw , lilit lat situ dan amek satu klip kertas or klip rambut yang bereben ke haper tak kisah spesies apa pun , dan klipkan supaya tak lari dan tak gugur dari lilitan .
 
Dan , barang-barang lain yang aku beli seperti Double Clip untuk kertas  , pengepit rambut dan gam .. ya ya ya . itu sahaja . jaa dee ... selamat ber-Daiso .
 
 
 
dan selamat berbuka !! weheee ~~~
Bila lagi nak rasa Nasi Briyani Daging dan Murtabak , Zam Zam Resotarn , Jalan TAR . :3
Perut berkriuk - kriuk dah ni .
 
 


Sunday, 16 June 2013

16 June 2013

Sunday , Living Room Cemara , 8 malam
 
 
Assalammualaikum dan salam maghrib .
 
 
 Oh , ESOK  ! Esok adalah hari pertama praktikal . PNB please be nice with me ? Or I should be nice ? What the heck are you talkin' about gurl ? errr .. aku nervous wey , first day nak on-the-job-training gitu . uhuhuhu ~~~
 
 Petang tadi , aku dah siap dah semua barang nak kena bawa ke PNB , fuuhh , rasa macam nak pergi camping . aku ni jenis suka mengusung benda dan tak dapat klasifikasikan mana yang penting dan tak . Kritikal doee !
 
 
 
I think this is enough kut noh ? Uolls , ada benda lagi ke nak kena bawa ? Aku bawa kamera Domo , fail , buku nota , diari nak catat apa yang patut , buku nak kena baca dalam tren , purse , buku refleksi , matrix card , lotion , air mineral , pencil box and apa  lagi nak kena bawa ? hurmm ... apa lagi eh ? Telekung dah sedia di sana , so sad , my Quran aku tetinggal di Kedah . Apa lagi ? Apa lagi ? ~~~
 
Masa tengah hi tea dengan abang di living room , aku ni duk belek itu dan ini , abang aku pun startlah bagi taklimat untuk esok , fuhhh ~~~ penuh sudah catatan untuk esok , Apa yang perlu buat dan jangan buat . Abang kata ini dikatakan salah satu  strategi when the manager gives a talk or task or explain something so aku kena catat dengan pantas , ringkas dan padat dan of coz berinfo ! Nazeera , be alert and focus ! ergh...tulisan sangat buruk !!! ><
 
 
One more thing , sebelum start semester baru , aku selalu tulis surat untuk diri sendiri dan letak dalam purse , so tak kisah , tengah down , hapie ke haper , manalah tahu aku buka purse ? Well , aku tak sure , kenapa tengah sedih kena belek purse , hurm? By the way , tadi , masa aku tengah ''membersih'' purse , OMG , banyak benor kertas dalam tu , resit itu dan ini an aku jumpa surat masa  yang aku tulis masa semester tiga . Hahhaha , so funnylah bila aku baca balik . Memang aku lupa terus pasal surat dalam purse tu . Benda cegini aku kena simpan sebab one day , manalah tahu kalau aku terjumpa dan baca balik seperti tadi , you know what , ia bagi inspirasi dan makes me smile .
 
 
So , try-lah ye . Tak kisahlah , but kena ada elemen-elemen ni dalam surat , pertama , its inspire you always , motivate , or funny story yang pernah alami but bagi pengajaran , just like a diary gitu . A letter for me !
 

 

 
 
Hope , everything will be fine esoknya . Banyak benda ni aku kena belajar , malam ni aku kena google pasal PNB , the organization chart , function semua . Oh yes , maybe esok ni ada interview kecil-kecilan , so , agaknya , apa yeh diaorang akan Tanya ???? Sharelah sikit ye ! Or pasal PNB kep , ohkey ? Doakan ku ya ! Muka merayu - rayu ni !
 
 
Gotta to go , nak beli barang . Fuhhh .... fuhhh ... fuhhh ....Assalam , oh ya kawan aku di Kedah dah start LI , macam-macam cerita aku dengar  , kuikui ~~~