Thursday, 19 December 2013

20 December 2013 - Dam ! Dam ! Dam ! Part 1


09: 43 pagi , Jumaat , Teratak .
Assalammualaikum dalam salam pagi Jumaat habibi semua !

Apa kabar kalian semua ? Aku dah rindu sangat kat ampa semua , nak saja aku list semua nama yang aku sangat rindu tu , nak baca blog korang yang ohsem dan penuh cerita . nyut nyut ! hehe ... 
Wah , lamanya tak update ! Baru hari ni dapat aku ber-blog-ging . Yelah , dah jadi senior , so kenalah busykan diri walaupun aku sebenarnya tak ada busy mana pun . Jalan merata adalah . Tulah kerja aku . Tiga minggu lepas , kuliah dah bermula , ampa taw dak , otak minda akal aku semua menetap kat Paris . Dalam kelas ni , aku macam OUT OF EARTH . Berangan nak jadi Taylor Swift tak ke sudah . Aku sendiri tak faham kenapa diri aku macam sebegini rupa . uih ~ 
Banyak cerita aku nak share kat sini , tu lah masalahnya . masalahnya diri aku ni tak reti nak jadi rajin dan penuh kesungguhan seperti aku mula-mula ber-blogging . kemain jari tu menaip laju sakan , entah apa saja aku bebel . huahuahua . aku memang tak faham diri aku ni . Maafkan ku sayang ! 
Sebelum masuk kuliah sebagai pelajar tahun akhir dan merupakan senior semester 5 ( nampak tak betapa aku nak mention sangat aku ni senior ! tolong lempar aku ke dalam laut dalam yang ada banyak ikan bilis , please ! ) , aku dan dua orang kawan aku ni pergi dating kat Mengkuang yang ada Dam . Haa , tahu ka apa dia Dam tu ? bukan Damn Damn ,  lagu Avril okay , ni Dam , empangan . Mengkuang Dam di Bukit Mertajam .  Syok wey , sampai aku nak makan burger McD yang sedap tu pun tak tenang . Mata ni duk meliar tengok sekeliling , otak duk ligat berfikir cemana nak posing model kat sini , tak duduk diam , mulut ni berceloteh satgi buat itu dan ini . Kawan aku yang dua orang ni pun dah pening . Aku ni memang , suka buat jakun kat semua tempat yang aku pergi . Ni kalau orang tipu aku ada ikan ‘Josh’ pun aku 1000% percaya punya . dah , stop melalut !

Jom layan ! 

Mari saya perkenalkan anak-anak gadis yang cumil – cumil . Gambar dari kiri itu aku tak kenal sangat sapa dia , dialah yang dok bising-bising kat Mengkuang Dam tu , excited tak pepasal . Kunun jerk an boleh nampak prince charming kat pulau sebelah sana .
Yang tengah tu , Husna or kami panggil dia Anna or Una saja . Nampak kan betapa dia seronok sebenarnya bergambar dengan signboard kat situ .  Aku pun tak faham , kenapa dia fanatic sangat . aku kebingungan . hehe …
Yang belah kanan pula Ishaa , kalau ampa ingat dengan dialah aku dating kat KLCC . hehe . Wey , ampa Nampak dak betapa cantik suasana kat sana . ohsem kan ! >< 

 



YES ! YES ! YES ! Dah sampai ! Kami bertiga dah siap sedia dengan bekal belian kami tadi , iaitu McD with the prosperity . kiyaaahhh >< … Best wey , ada angin , nak makan puj tak tenang wey , aku rasa macam nak landing terus lelap kat situ taw ! syok wey!  Tolonglah faham perasaan aku yang tengah syok tahap nak terjun ke dalam tasik tu !


Kat sini kan memang ramai berposing model kat sini , berjoging , berpiknik bersama keluarga , berdating dengan pakwe dan makwe , ber-campfire kat situ , berkayak tak boleh , memancing tak boleh , ampa boleh duduk saja tak buat apa-apa dan bergosip . haaa… bahya pulak aku rasa . haaa .. cuba nengok anak- anak gadis di atas , mereka senantiasa menggunakan peluang keemasan ini , dengan sudi menjadi model saya . muahahahaha ~~~
Ceritanya kalau pakwe or makwe lu merajuk , nilah gayanya . Merajuk pun ada style taw kalau ampa duk kat sini . Feeling titanic ~ 

   
Oh yeah , posing lagi , kesian wey kat depa dua orang , jadi model . Kejap kejap aku arah posing cegini cegitu , untung tak pengsan bergolek ke dalam tasik , jenuh aku nak renang , kang , dengan aku pun orang selamatkan . mikmik ~~~
So , ceginilah wey , kalau duk kat mengkuang dam , korang rasa sangat tenang dan nak duduk , nak makan , nak berbual tu , pemandangan sangat luas taw . subahanallah .. seyes cantik suasana .. aku rasa macam nak masukkan mengkuang dam ni dalam blog , bagi ampa semua rasa sendiri .  
Baiklah , apa yang best sangat dan apa yang boleh korang buat kat sini dan apa manfaatnya korang pegi Mengkuang Dam ni ? Haaa .. sekarang duduk senyap- senyap , kunyahlah makanan yang sedap sambil membaca . :3

Pertama
  

Untuk guys di luar sana , Inilah tempat paling romantic kalau korang nak melamar seseorang . korang nak sambut anniversary ke aper , gerenti mesti pengsan bakal isteri dan isteri korang tu . Korang tutuplah mata dia ke haper pastu kasi saspen then bawa dating kat sini . Perghhh , tak sempat korang nak melamar , terus pengsan jerit-jerit nanges-nanges dibuatnya .
  See , aku siap melamar Una supaya jadi model aku lagi !

Kedua


Kalau korang dilanda masalah dan kesedihan , ini lah tempat yang sesuai korang nak melempaskan kesedihan . Yelah , korang break up dengan kekasih tercinta ka apa , apa-apa yang berkaitan dengan sedih . bolehlah korang pergi duk kat sudut titanic tasik tu , pastu korang kutip ranting kayu dan main dengan air dan nyanyi Jujurlah Sayang . Gerenti, lepas tu mesti ada yang berkenan kat korang . haaaaa ~~~
Nampak tak betapa bernasnya idea budak kecik ni . huwaaakk ~~
Selamat mencuba wey ! aku sayang korang !

Ketiga

Part paling best untuk kanak-kanak , diorang bolehlah main permainan tradisional ka apa , main sek sek boom boom ka , macam akak Una kita . Or main kejar mengejar , hide and seek dilarang ya anak-anak, tempat besar kang kuar paper , ‘’ Anak Hilang Ketika Main Aci Nyorok Di Mengkuang Dam ‘’, haa pastu adalah benda tahlul orang perkatakan , tak bek wey , jagalah anak-anak anda ya .
Korang tengok kawan aku ni ,  siap bersimpuh wey kat rumput , gadis melayu Sungai Petani taw tak ! Rumput situ gerenti bersih dan hidup menghijau . :>

Keempat

Bagi yang rasa macam nak ber-bollywood , boleh lah kut . Korang nak berromantik dengan gaya kuch kuch ho ta hey kat pokok yang rending , memang okaylah kut aku rasa . Nampak tak , betapa hebat anak-anak sekarang menari pokok . no puja muja ya anak-anak . :3
Korang Nampak tak , abey wey kat belakang sana . entah apa yang dia fikir tengok kami menari-menari kat pokok tu . ish ish ~~

Kelima  

Terbaik untuk gadis-gadis , kat sinilah korang bolehlah cari calon suami . Badan tough tough wey , haaa … yang tak mau cari calon just datanng nak cuci mata , jagalah mata ya , kang korang pi usha suami orang , kang buat drama swasta tak berbayar pula . mahahaha .. ~~~

Keenam 

Terbaik untuk guys sana , kat sini lah juga tempat terbaik korang nak cari bakal isteri , misalnya macam anak gadis di atas , kalau Nampak posing cun gaya model tu , memang sah lah , diorang bersedia nak jadi isteri korang . mahaha ~~~

Ketujuh

Kalau korang yang jenis suka kuat berangan macam aku ni , silala datang sini . Bolehlah korang layan angan-angan korang tu melayang ninggi kea wan sana yang lagi luas . :3

Kelapan

Membina diri yang baik dan menanamkan sifat yang baik dan mulia . ewah , ayat . Kat sinilah korang terasa berbudi . Kalau korang dah jalan kat tempat cantik camni , Nampak sampah mesti korang kutip wey , tak sampai hati wey . Kat sini taka da cleaner taw , pengunjung yang datang situ yang menajdi cleaner . sendiri bawa sampah , sendirilah buang sampah di tempatyang betul. Haaaa ~~~

KESEMBILAN


Tempat yang best untuk photoshoot gambar kawen . Nampak tak kawan aku dua orang ni dah siap posing macam bride of the day pula . haaa ~~ korang tak nak ka ? aku dah promote habis habisan ni . And kat sini , dimana, korang akan asyik sebut nama Allah , berzikir . Bersyukur sangat .

KESEPULUH  

Korang boleh tengok kapal terbang !!! hehe .. syok wey !!! langit tu terasa luas sangat . hebatnya Allah swt . masih lagi kita tak pandai bersyukur ?

Okay , dah cukup sampai hari ini .
Next Entri nanti insya Allah , Malam Cinta Rasul , Mama Date with my Girlfriends , Tasik Beris Ladang Anggur , Dam ! Dam ! Dam ! Part 2 , Aku , Adik dan Gitar , dan banyak lagi . Insya Allah .
Assalammualaikum ! :3

5 comments:

Teena Tna said...

Eh, ini mengkuang Dam yang kat Penang tu ke? Saya pernah ke sana. Tenang & mendamaikan tempat tu, kitorang ada buat explorace kat situ, best3.

Samelah kite, dah jadi senior dah. Teruskan berblog eh. Haha

Siti Hajar said...

Cantik sangat pemandangan tu. Macam tenang tak terkata. Best! Gambar pun cantik ^^

Hafizin Jamil said...

besar bapak dam tu. tak ada orang mandi ke?

the malay male said...

perempuan dan kamera mmg tidak dapat dipisahkan :-)

Muhammad Syazwan Norhalik said...

having fun ya :D