Showing posts with label Travelog. Show all posts
Showing posts with label Travelog. Show all posts

Thursday, 19 December 2013

20 December 2013 - Dam ! Dam ! Dam ! Part 1


09: 43 pagi , Jumaat , Teratak .
Assalammualaikum dalam salam pagi Jumaat habibi semua !

Apa kabar kalian semua ? Aku dah rindu sangat kat ampa semua , nak saja aku list semua nama yang aku sangat rindu tu , nak baca blog korang yang ohsem dan penuh cerita . nyut nyut ! hehe ... 
Wah , lamanya tak update ! Baru hari ni dapat aku ber-blog-ging . Yelah , dah jadi senior , so kenalah busykan diri walaupun aku sebenarnya tak ada busy mana pun . Jalan merata adalah . Tulah kerja aku . Tiga minggu lepas , kuliah dah bermula , ampa taw dak , otak minda akal aku semua menetap kat Paris . Dalam kelas ni , aku macam OUT OF EARTH . Berangan nak jadi Taylor Swift tak ke sudah . Aku sendiri tak faham kenapa diri aku macam sebegini rupa . uih ~ 
Banyak cerita aku nak share kat sini , tu lah masalahnya . masalahnya diri aku ni tak reti nak jadi rajin dan penuh kesungguhan seperti aku mula-mula ber-blogging . kemain jari tu menaip laju sakan , entah apa saja aku bebel . huahuahua . aku memang tak faham diri aku ni . Maafkan ku sayang ! 
Sebelum masuk kuliah sebagai pelajar tahun akhir dan merupakan senior semester 5 ( nampak tak betapa aku nak mention sangat aku ni senior ! tolong lempar aku ke dalam laut dalam yang ada banyak ikan bilis , please ! ) , aku dan dua orang kawan aku ni pergi dating kat Mengkuang yang ada Dam . Haa , tahu ka apa dia Dam tu ? bukan Damn Damn ,  lagu Avril okay , ni Dam , empangan . Mengkuang Dam di Bukit Mertajam .  Syok wey , sampai aku nak makan burger McD yang sedap tu pun tak tenang . Mata ni duk meliar tengok sekeliling , otak duk ligat berfikir cemana nak posing model kat sini , tak duduk diam , mulut ni berceloteh satgi buat itu dan ini . Kawan aku yang dua orang ni pun dah pening . Aku ni memang , suka buat jakun kat semua tempat yang aku pergi . Ni kalau orang tipu aku ada ikan ‘Josh’ pun aku 1000% percaya punya . dah , stop melalut !

Jom layan ! 

Mari saya perkenalkan anak-anak gadis yang cumil – cumil . Gambar dari kiri itu aku tak kenal sangat sapa dia , dialah yang dok bising-bising kat Mengkuang Dam tu , excited tak pepasal . Kunun jerk an boleh nampak prince charming kat pulau sebelah sana .
Yang tengah tu , Husna or kami panggil dia Anna or Una saja . Nampak kan betapa dia seronok sebenarnya bergambar dengan signboard kat situ .  Aku pun tak faham , kenapa dia fanatic sangat . aku kebingungan . hehe …
Yang belah kanan pula Ishaa , kalau ampa ingat dengan dialah aku dating kat KLCC . hehe . Wey , ampa Nampak dak betapa cantik suasana kat sana . ohsem kan ! >< 

 



YES ! YES ! YES ! Dah sampai ! Kami bertiga dah siap sedia dengan bekal belian kami tadi , iaitu McD with the prosperity . kiyaaahhh >< … Best wey , ada angin , nak makan puj tak tenang wey , aku rasa macam nak landing terus lelap kat situ taw ! syok wey!  Tolonglah faham perasaan aku yang tengah syok tahap nak terjun ke dalam tasik tu !


Kat sini kan memang ramai berposing model kat sini , berjoging , berpiknik bersama keluarga , berdating dengan pakwe dan makwe , ber-campfire kat situ , berkayak tak boleh , memancing tak boleh , ampa boleh duduk saja tak buat apa-apa dan bergosip . haaa… bahya pulak aku rasa . haaa .. cuba nengok anak- anak gadis di atas , mereka senantiasa menggunakan peluang keemasan ini , dengan sudi menjadi model saya . muahahahaha ~~~
Ceritanya kalau pakwe or makwe lu merajuk , nilah gayanya . Merajuk pun ada style taw kalau ampa duk kat sini . Feeling titanic ~ 

   
Oh yeah , posing lagi , kesian wey kat depa dua orang , jadi model . Kejap kejap aku arah posing cegini cegitu , untung tak pengsan bergolek ke dalam tasik , jenuh aku nak renang , kang , dengan aku pun orang selamatkan . mikmik ~~~
So , ceginilah wey , kalau duk kat mengkuang dam , korang rasa sangat tenang dan nak duduk , nak makan , nak berbual tu , pemandangan sangat luas taw . subahanallah .. seyes cantik suasana .. aku rasa macam nak masukkan mengkuang dam ni dalam blog , bagi ampa semua rasa sendiri .  
Baiklah , apa yang best sangat dan apa yang boleh korang buat kat sini dan apa manfaatnya korang pegi Mengkuang Dam ni ? Haaa .. sekarang duduk senyap- senyap , kunyahlah makanan yang sedap sambil membaca . :3

Pertama
  

Untuk guys di luar sana , Inilah tempat paling romantic kalau korang nak melamar seseorang . korang nak sambut anniversary ke aper , gerenti mesti pengsan bakal isteri dan isteri korang tu . Korang tutuplah mata dia ke haper pastu kasi saspen then bawa dating kat sini . Perghhh , tak sempat korang nak melamar , terus pengsan jerit-jerit nanges-nanges dibuatnya .
  See , aku siap melamar Una supaya jadi model aku lagi !

Kedua


Kalau korang dilanda masalah dan kesedihan , ini lah tempat yang sesuai korang nak melempaskan kesedihan . Yelah , korang break up dengan kekasih tercinta ka apa , apa-apa yang berkaitan dengan sedih . bolehlah korang pergi duk kat sudut titanic tasik tu , pastu korang kutip ranting kayu dan main dengan air dan nyanyi Jujurlah Sayang . Gerenti, lepas tu mesti ada yang berkenan kat korang . haaaaa ~~~
Nampak tak betapa bernasnya idea budak kecik ni . huwaaakk ~~
Selamat mencuba wey ! aku sayang korang !

Ketiga

Part paling best untuk kanak-kanak , diorang bolehlah main permainan tradisional ka apa , main sek sek boom boom ka , macam akak Una kita . Or main kejar mengejar , hide and seek dilarang ya anak-anak, tempat besar kang kuar paper , ‘’ Anak Hilang Ketika Main Aci Nyorok Di Mengkuang Dam ‘’, haa pastu adalah benda tahlul orang perkatakan , tak bek wey , jagalah anak-anak anda ya .
Korang tengok kawan aku ni ,  siap bersimpuh wey kat rumput , gadis melayu Sungai Petani taw tak ! Rumput situ gerenti bersih dan hidup menghijau . :>

Keempat

Bagi yang rasa macam nak ber-bollywood , boleh lah kut . Korang nak berromantik dengan gaya kuch kuch ho ta hey kat pokok yang rending , memang okaylah kut aku rasa . Nampak tak , betapa hebat anak-anak sekarang menari pokok . no puja muja ya anak-anak . :3
Korang Nampak tak , abey wey kat belakang sana . entah apa yang dia fikir tengok kami menari-menari kat pokok tu . ish ish ~~

Kelima  

Terbaik untuk gadis-gadis , kat sinilah korang bolehlah cari calon suami . Badan tough tough wey , haaa … yang tak mau cari calon just datanng nak cuci mata , jagalah mata ya , kang korang pi usha suami orang , kang buat drama swasta tak berbayar pula . mahahaha .. ~~~

Keenam 

Terbaik untuk guys sana , kat sini lah juga tempat terbaik korang nak cari bakal isteri , misalnya macam anak gadis di atas , kalau Nampak posing cun gaya model tu , memang sah lah , diorang bersedia nak jadi isteri korang . mahaha ~~~

Ketujuh

Kalau korang yang jenis suka kuat berangan macam aku ni , silala datang sini . Bolehlah korang layan angan-angan korang tu melayang ninggi kea wan sana yang lagi luas . :3

Kelapan

Membina diri yang baik dan menanamkan sifat yang baik dan mulia . ewah , ayat . Kat sinilah korang terasa berbudi . Kalau korang dah jalan kat tempat cantik camni , Nampak sampah mesti korang kutip wey , tak sampai hati wey . Kat sini taka da cleaner taw , pengunjung yang datang situ yang menajdi cleaner . sendiri bawa sampah , sendirilah buang sampah di tempatyang betul. Haaaa ~~~

KESEMBILAN


Tempat yang best untuk photoshoot gambar kawen . Nampak tak kawan aku dua orang ni dah siap posing macam bride of the day pula . haaa ~~ korang tak nak ka ? aku dah promote habis habisan ni . And kat sini , dimana, korang akan asyik sebut nama Allah , berzikir . Bersyukur sangat .

KESEPULUH  

Korang boleh tengok kapal terbang !!! hehe .. syok wey !!! langit tu terasa luas sangat . hebatnya Allah swt . masih lagi kita tak pandai bersyukur ?

Okay , dah cukup sampai hari ini .
Next Entri nanti insya Allah , Malam Cinta Rasul , Mama Date with my Girlfriends , Tasik Beris Ladang Anggur , Dam ! Dam ! Dam ! Part 2 , Aku , Adik dan Gitar , dan banyak lagi . Insya Allah .
Assalammualaikum ! :3

Monday, 16 September 2013

16 September 2013

Cemara , 8:35 pagi , Isnin
 
 
Assalammualaikum habibi semua .
isenin ampa semua cuti kan ? oh oh oh ~~
Salam Hari Malaysia everyone !!!! sambil terloncat-locat kat balkoni ~
 
 
Weekend ni , aku dan abang banyak plan tapi , kereta ni buat hal sungguh . ada jer nak protes , tak bagi jejalan . So , aku pun date lah dengan kawan baik aku Isha Sharuu di sekitar di KLCC Suria semalam which is Sunday !
Ada show motor berkuasa tinggi wey , badly , aku terlupa nak ambil gambar aku lalu cegitu jer . huahua
 
Rancangannya bukan jejalan tapi sambil tu buat final report intern , aduyaii , lagi beberapa minggu ja nih , tak taw lah , presentation pun tak buat lagi , report untuk PNB pun tak buat lagi . adusss ~~
okay , cukup rungut sana sini .
 
 
Alang-alang , di KLCC , aku dan Isha berlagak anak mak datuk datin , masuk kedai famos emez sesuka hati , speaking omputih saiz ni ada ke tak ? warna ni ada ke tak ? lastly , '' It's okay , thank you '' dan pergi begitu sahaja . memang terbaik sangat . frust gila aku rasa salesman dan salesgirl tu . kami ni layak  shopping kat pasar malam ja . huahua~
 
 
  Haaaaa !!! kasut terlekat , tak boleh tanggal , dia suruh belilah tu . at Vincci !
 

 
''adik , apa kata kita culik buah durian ni ? ''
sudah biasa diorang kat kampus dan temasuk isha panggil aku adik , sebab aku kecik okay everyone , get it ? :3

 
Seyes ka ni , hang nak makan benda ni ? cokelat durian , kami rasa pulut durian sedap lagi paa ...  :3

 
Donut tu!!!!!!! Awat aku rasa macam selimut yang aku pakai macam sama kaler dengan dinding kedai donut nih ??? musykil musykil ~~
 
Lepas jejalan , singgah KFC . Rancang nak pi Mcd , tapi disebabkan ada berita pasal tidak halal semuanya , haaa .KFC saja gamaknya , sambil sembang pasal percintaan lah , isha jer cerita aku gelak-gelak jer dengar , tak ada kisah cinta pun , kisah kawan dan musuh , macam-macamlah .
 


 
 
muka kenyang pelahap 4 ketul ayam . uhuiihhh ~~
Pastu isha tarik-tarik amek gambar , aku ni payah sikit kalau nak bergambar , kalau ya aku selalu tutup muka , pemalu gamaknya ~~~~ ceiiihhh ~~
tapi kalau dah bergambar , muka macam-macam style aku buat sampai semua pakat meluat .. huahua...
 
On the way , nak balik , aku dan isha jejalan kat sekitar air pancutan . Uihh , patutlah ramai orang suka dok berdua-duaan kat sini , romantic baq hang . Aku dan Isha dah terkebil-kebil nak lalu kat situ . malu kut . malu tengok diorang ni bukan muhrim berduaan , berpelukan dan macam-macam aksi yang aku tak sanggup nak tengok .
 
 

Isha dan bangunannya . haha ~~
 


Drama akan datang , Aku Bukan Dia , Dia Bukan Aku .
Nantikan Disember ini .
 


Curi-curi amek gambar kami  ek , isha ?
 

 
KLCC , agak-agak kalau jatuh dari atas tu , sampai bawah jadi apa ?
boleh buat Final Destination 6 nih !

 
Public Bank for Public View . :3

 
Aku tengah skodeng orang ni , ada mamat omputih encem oh !

 
kami amek gambar ampa lak isha ! :3

 
Movie akan datang , Lady , Lost In the City !

 
Cari tangga ke LRT , ngak ketemu deh !
 
 
Kasut kami !

 
Bang , menara kembar tiga ngak ada ya bang ???


 
Dah lah , jom balik anak-anak ku ... udeh malem ! ayup pulang , kita makang nasi goring kampong kat umah ya !
 
 
YA , dah habis . Aku tahu banyak tayang muka ja , hahaha ... dah tak tahu nak buat apa kat KLCC tu , report dah settle , so bahagiakan diri , tak lama dah aku kat KL , nanti dah nak balik Kedah , sambung tahun akhir sebagai pelajar Senior Akaun !! uwaaa ~~~ bestnyaaa !!!
 
 
Okay , perut lapar , nak makan . jaa dee !
Ingat satu pesanan , kawan tak kisah berjuta pun , less believe , less talk , less secret .
faham-faham saja . :3
 
 
Oh , ya , ada ulama tersohor baru sahaja meninggal disebabkan barah otak ,
Al HABIB Munzir Al Musawa . Hilang sudah satu permata dunia islam .  minta semua sedekahkan al fatihah ya .
 
assalammualaikum , senyum taw lepas habis baca . saya doakan kamu sihat dan dipermurahkan rezki dan panjang umur . amin ..

 


Tuesday, 10 September 2013

10 September 2013

Cemara , 08:00 malam , Selasa
 
 
Assalammualaikum ya habibi !
 
Ya Allah , lamanya aku bercerai dengan blognya , hari ni baru nak merujuk . ceh~
Hidup aku penuh dengan kemalasan yang berleluasa , berfacebook saja sempat aku teroka . blogging? innalillah saja aku mampu ucap . :3
 
Oh oh , sihat ka ampa ? Insya Allah , ampa sihat , kami doakan ya !
Banyak sekali yang aku lalui , macam-macam dan bermacam-macam , tak tahu nak start macam mana . Nak saja aku cerita setiap hari di blog , tapi apakah daya , keletihan berleluasa . Macam pantun dua kerat pulak aku buat .
 
Oh yeah ! Oh yeah !
aku cerita melalui gambar jerlah . Tak best tak per , inilah kehidupan orang yang tak best . nak buat cemana kan ? dah tak best ... ~~~  :3
 
 
Zuriatul Amira , Fatin Mansor  , Husna Mad Nood , Izzudin  Roslee ( depan) , Fadzil Jamaludin( Hijau ) dan Al Hafiz ( putih ).
 
 
Time raya nuu ~~ Last berziarah rumah diorang ni sebelum semua pakat berangkat ke negeri masing-masing . uwaa ~~ rindunya ampa ~~
 
 
raya-raya di rumah asmaul husna , rakan trainee di PNB , atas sekali penduduk Jelatek . wiit wiit . sorry tak dapat join ampa tiga berdating kat KLCC Park .
( Atas ke bawah : Asmaul Husna , Syafawanie dan Asmi )
 
Baru-baru ni aku pergi date dengan abang aku di Pantai Morib . Best kut even aku tak dapat bermandi manda seperti anak-anak lain sebab air pantainya agak tercemar . Oh no ! Aku ada alergi kang parah satu badan , tak ke derita ?
 
 
Part paling best , SATE IKANNN !! Ya Allah , akhirnya , dapat juga rasa , seyesly sedap , siap abang aku kata nak buat bisnes jual sate ikan depan rumah lagi , wahh ~~ memang sate tu tak terjual , kami lah penghabisnya . seyesly !! sedap , mahu 20 cucuk kami tolan , tak ada masa nak mengunyah dah .
Nampak tak kesopanan hilang di saat kelaparan ?
 
 
 
 
lepas makan nikmati waktu petang , hujan wey , ingat dapat tengok matahari tenggelam . uwaa  !!!!
Banyak yang aku nak cerita tapi , biarlah dulu , hoho biar biar tak kemana gamaknya .
 
Sekarang bulan lecturer dataang observe tempat praktikal . atoyai , berdebar pulak , macam lah mak mertua nak mai . kuikui ~~~

DAH BUZI BUZI BUZI .
JUMPA LAGI !

assalammualaikum.
:3
 
 


Wednesday, 7 August 2013

7 August 2013

Mini Library , Wednesday , 02:44 petang
 
 
Assalammualaikum dan salam zuhur tehee !
 
Pe kabar semuanya ? Anak sihat ? Isteri suami family kucing sihat ka ? Oh yes , akhirnya dapat juga ber-blogging . Betapa aku sangat sibuk mengahrungi hari-hari yang sukar , aku siap menempuh badai , angin beliung , tsunami dan banjir dan hujan dan macam-macam-macam-macam lagi . Hati , sabarlah ya .
 
Ya , lamanya tak berblogging . Aku nak menaip entri pun , dah tak sempat . well . Malas tu ada and satu lagi keletihan . Ya , itu semua alasan . Oh ya , cemana posa ampa ? Best dok ? Yolar , manalah taw  posa kali ni lain ka daripada yang len . Betoi dok ?
 
Banyak sangat yang berlaku masa bulan posa ni , aku ni sampai pening letih malas sensitive semua ada time bulan posa ni . Macam-macam yang berlaku dan menimpa , bukan aku dan abang ja , tapi orang tersayang kami di Kedah sini .
 
By the way , aku dah sampai my syurga duniya . MY HOME ! Sorrylah , kalau aku berbahasa utagha kat sini , sebab aku excited sangat nak jumpa semua orang . weheee !!!
 
Sampai rumah pukul 2 pagi , mahu tak meloncat aku depan rumah . Wahaaa , terus 100% perwatakan dan attitude aku berubah secara drastic . muram dan seyes menjadi keanak-anakan ribena !
erm ! erm !
 
so , ampa semua raya kat mana ? share lah sikit .... :3 tehee .
 
Oh ya , aku pun dah terlampau gembira tahap gaban , so apa kata ampa layan ja gambor-gambor masa bulan posa ni . :3 tehee.
 
*    *    *    *
 
UniSel Gathering , Iftar Ramadhan :3
 
 
Mereka ni saja yang sempat aku jumpa , thanks a lot . Sebab sanggup tunggu sampai tren datang di lewat malam . uhuhu .... tenks to kak Ain cumil , Fatin dan Izazi My twin ,  Syaril Ya Habibi , Thoriq dan Gigul sudi menjemput aku yang tak tersenarai ke iftar . miss uollsss !!!
 
 
Jejalan KLCC bersama Mr Guitar  dan Isha Sharruu :3
 
 
 mr Guitar yang mengajar aku main gitar dan isha my sweet friend :3
Thanks dear , sebab sudi lepak-lepak sama gue di Kino . tehee .
Nanti kita picnic nak tak di taman sana .
 
Oh ya , di situ juga budak mesir yang aku pernah cerita sebelum ni telah memunculkan diri di depan aku . Mahu tak tergamam aku time tu . :3
 
Tazkirah Ramadhan PNB :3
 
Bersama-sama rakan PNB join tazkirah Ramadhan oleh Uztaz Zawawi .
Hujung sana , Wanie , Amy dan Asma :3 tehee.
 
 
 
di sebalik kisah gembira , ada jugak kisah sedih yang melanda tapi apakah layak aku merungut kat sini walhal  Rasulullah lebih hebat sekali menghadapi dugaan daripada kita .
Salam Ramadhan ke 29 semua .
 
Dan juga , selamat hari raya kepada semua , maaf jika saya ada terkasar bahasa ka apa , or apa-apa jenayah kat ampa semua . Yang nak balik kampong tu hati-hatilah ya , tak yah bawa laju-laju , ampa nak pi mana ja . kalau boleh , dalam perjalanan berwirid .
'' Subahanallahwabihammdi ''
 
Insya-Allah , malaikat dan Allah menlindungi kita di setipa perjalanan .
Sedih pula ramadhan dah pergi , apakah tahun depan dapat merasa lagi . Bagi aku , ramadhan kali ini banyak aku belajar dan lalui . Allah Allah ...
 
Hanya Allah yang tahu .
 


Saturday, 29 June 2013

30 June 2013

11:28 tengahari , Bilik Hujung di Sentul , Ahad


Assalammualaikum dan salam afternoon !

                Wah , minggu depan siaplah , kerja lagi bertimbun , nak tutup akaun lagi . Fuh ! Semalam , aku , abang dan abang Yus pergi Pasar Seni , mulanya nak pergi KLCC , tapi aku malaslah , bukan boleh beli apa pun . Kalau pergi pun , ke Kino jerlah , kat situ jer yang mampu . Elaun tak masuk lagi , kalau dah masuk , siap ko Kino , nanti aku terjah . wahahahaha ~~ ( ala-ala wanita tua sihir )

 
Aper jer yang berlaku sepanjang minggu ni ? kuikui ~~~

               Kebetulan , abang Yus nak cari barang untuk hantaran kahwin , adalah beli jam tangan . Wow , cantik seyh ! Very berseni . Dan yang lain-lain lagi . Aku beli apa jer ? Oh aku pergi sana makan dan beli cincin . Yes ! Cincin ! Takut pulak akai cincin mama , kang hilang . Naya , naya ~


 
 
Abang Yus dan Abang Alle di Terminal Damai .
 
*     *    *    *    *   
 
Selepas itu , kitorang makan kat food court dalam Pasar Seni tu . Mahalnyer , tapi boleh tahan sedapnyer . Dan juga aku suka kasut alaala Cinderella ni , The Pinky Little Vincci .
 
 
 
 
*   *   *   *   *
 
Sempat jugalah aku singgah kat kedai buku Jusco , beli beberapa buah buku yang membina diri . Ewah , macam dah mengalami masalah dalam memotivasikan diri jer kan . Yer yer ! Aku dah abuhsan , tak tahu nak baca apa dah , so , aku beli buku-buku ni . Best taw , trylah baca yer . ^^
Nak aku ulas ke pasal buku ni ????




*    *    *    *    * 

           Rabu lepas , uncle balik Maysia , so aku kenalah stay kat rumah makcik sampai hari ini , petang kejap lagi dah nak balik Equine . So , uncle bawa balik salah seorang student dia , Kiran . Oh oh , aku ingat dia ni orang Arab , dah siap siaga nak berceloteh Arab dengan dia . Tetibe , orang Nepal . oh ~~~ Uncle cerita , dia ada homestay , so diorang ni baru balik bercuti di Nepal lah yer ? cegitu . Lepas pergi Nepal , pergi Hongkong , Indonesia dan Johor akhir sekali ke KL . Semalam baru jer berlepas ke Bangkok , Kiran balik Nepal kut , urus homestay ayahnyer . Untungnyer uncle , travel jer , kahwinyer bila ?? oh abang aku ni bila pulak nak kahwin ni ???

 
 
*   *    *    *    *
 
Baru jer tadi , ada jiran makcik datang ziarah . Alahai , mesranya dengan kakak ( akulah tu ) . Terasa bahagia , dah macam anak sendiri . Jauh benor berangannyer .  Namanya Bawas , aku tertanya-tanya juga , Bawas eh namanya ? Ke aku dah salah dengar nama budak ni ? Dia dating kat bilik , sembang - sembang dengan aku .
 
 
 Ramah budak ni , siap Tanya aku lagi , '' Akak dah kawen ? '' Aku tersenyum , kecik-kecik dah pandai Tanya soalan yang begitu membuat orang tertunduk .
 
'' Akak tak kawen lagi , akak belajar macam Bawas jugak ,'' balas aku . Pastu , dia macam tersipu malu dan turun dari cabinet dan berdiri kat pintu .
 
'' Akak cantik , kawen ngan Bawas nak tak ? '' lepas Tanya  terus dia lari kat ibu dia di ruang tamu . Aku macam tergamam sekejap kat dalam bilik sambil membetulkan selendang di kepala  . Aduyai , comelnyer budak ni . ^_^'' ~~~
 
Well , its okaylah dek Bawas , tunggu besar sikit nanti , Bawas kawen dengan anak akak jerlah yer . hohoho ... boleh cegitu ?
 
 
 *    *     *    *     *
 
 
Baiklah , berhenti kat sini , nak pergi buat kuih seri muka or orang sini panggil Pulut Sekaya . jaaa dee ~~~