Thursday 16 May 2013

16 May 2013 Special Edition

Thursday , 9:49 malam , Mini Library .

Assalammualaikum dan salam nites !

Baiklah , as a promise ! Aku nak cerita kisah-kisah apa yang berlaku pada hari guru sekolah mak aku tapi aku nak cerita sikitlah yang anak-anak murid mama bagi hadiah . Banyak sangat situasi lucu , mengharukan , dan membuatkan mama takkan lupa .

            Mama lupa pulak nak bawa balik hadiah , adesss , baru aku excited nak buka hadiah secara ganas-ganas . wohohahaha ! So , aku ni tak aderlah pandai sangat menceritakan sesuatu sehingga uolls rasa terharu and menangis . Ehem , mama masih lagi bersembang pasal anak-anak muridnya .

           Kisah pertama adalah ada seorang anak murid ni , dalam kelas sangat nakal . Mama kata dia selalu kena marah dalam kelas , macam-macam hal . So , today , budak ni bagi hadiah dengan malu-malu . Aku rasa budak ni comel sangat .

Mama          : Laaa , kamu bukan dah bagi ka hadiah kat teacher ?

Anak murid : Hehehe , tak apalah , memang untuk cikgu pun , cikgu ambillah .
                    ( Dengan perasaan malu- malu gitu , aku sendiri tak pasti gender apa ? hehe )

           Kisah kedua , mama duduk dalam bilik guru , adalah sorang anak murid ni duk keluar masuk bilik guru dua kali then dia masuk jumpa mama :

Anak murid : Teacher , saya ada buat kad untuk teacher .

Mama         : Haa , okay okay .

Mama cerita , dia buka beg dia dan dia tak jumpa kad tu , dengan sedihnya , dia pun cakap kat mama . huhu ....

Anak murid  : Teacher , saya tinggai kat rumah lah teacher . Esok saya bagi kat cikgu neh ?

Mama          : Esok cuti , nak bagi macam mana ?

Anak murid  : Haaa ... tak pa tak pa , hari ahad saya bagi kat teacher . Saya bagi ahad ni boleh teacher ?

Mama          : Haaa , okay okay . Hari ahad .

So , masa kat mana entah , mungkin mama on the way nak balik kut , mama cerita budak tu dah jumpa kad tu , dia tinggal dalam meja . Dengan penuh kesungguhan budak tu berlari kat mama :

Anak murid : Teaaaacchherrr !!!! Sayyaaa dahhh jumpaaaa kad tu teacher !!!

Aku , abang dan mama gelak sama-sama . Hahaha , ending dia sweet sangat . Macam terharu pun ada . hahaha , aku dapat bayang keadaan tu . haii .... sweet anak murid gini .

               Kisah ketiga ,  mama cerita ada seorang budak nakal ni dan dia belajar pun entah haper haper . Dia tulis surat or kad hari guru dalam bahasa inggeris . Mama terharu sangat , tapi tak ingat pula nama budak tu . hihihi ... macam-macam , aku nak baca surat tu semua mam tinggal kat sekolah . haik !

               Kisah keempat , mama cerita masa mama mengajar di Methodist di Sibu dalam 90 atau 80-an begitulah . Mama ada cerita , sekolah dulu sangat uzur dan dinding pun separuh . So , one day , hujan lebat sangat , bila esok harinya , tengok-tengok kelas tu hilang sebab dah dibawa arus sungai . hahaha , aku tak dapat bayang , kelas hilang , agak-agak budak-budak tu nak belajar tak ? kalau kita ? huhu

              Kisah kelima ,  ada seorang budak  ni bagi hadiah kat mama . lawaklah weyh , budak ni darjah dua . lawak lawak . gini ceritanya .

Anak murid : Teacher , mak saya kata suruh bagi hadiah ni kat teacher .

Mama      : Yaka , haa , nanti kirim salam kat mak neh . Bagitaw mak , teacher terima kasih .

Hahahahaha .... aku ni tak boleh tahan gelak , ada jugak kes macam ni ? hahahaha ..comel comel comel .

            Kisah keenam , ada seorang budak ni bagi hadiah kat mama dengan muka masam . aku taw , mesti dia malu lettew .. hahaha ..comel jer , kalau aku , siap aku cubit pipi budak tu . masam mukanya kat teacher . hahaha

Anak murid : Nahhh ! ( dengan muka masam )

Mama         : Terima kasihlah .

Hahaha , mama pun cuba berganas juga . adoii , ada jugak yang macam ni . alahai , apa nak jadi anak murid sekarang . hahahaha ..... > < ''

          Kisah ketujuh , di kantin di mana ada budak perempuan ni nama Shafiyya . Kisahnya , nak air , hahaha .... dengan dialog yang sama dan masing-masing tak mau mengalah . dah pening gitu .

Shafiyya : Tak apalah teacher , teacher ambillah dulu . hehe

Mama    : Laaa , tak apalah , kamu dulu , mai sini teacher bubuh kat kamu .

Shafiyya : Eh , tak apalah teacher , teacher lah dulu .

Mama    : Eh , tak apalah , mai teacher buh kat kamu .

Shafiyya : Eh tak apalah teacher , teacherlah dulu .

At last , mama tak cerita pulak siapa yang menang adoii ...macam-macam hal . Dari awal sampai akhir , tak  apalah , tak apalah , entah siapa yang dapat minum . hahahaa > < ''

              Kisah kelapan , erm , kejap , banyak sangatlah aku dah tak ingat , cerita mama berterabur . By the way , ini kali pertama mama join aktiviti  hari guru ni . Berbalas pantun gitu , dan macam-macam lagi , aku ni dah tak larat nak menaip laju dengan kisah mama non-stop . adoi .

              So , sikit sangat kan . Well , jadi cikgu bukan teruk sangat , nak jadi cikgu jadilah cikgu yang best-best taw ! Sebab , tengok macam kisah mama , ada sahaja kisah , banyak sangat kisah lucu tapi aku tak pandai deh nak cerita semuanya . hahaha .... so, kita tunggu ahadlah nak tengok smeua hadiah . Eh , kejap . Esok aku dah balik KL huhuhu ...

            Hurm , sorry no pictures sebab aku tak ada gambar nak tunjuk , well , begitulah cerita yang best-best setiap tahun , berbeda cerita . Kebanyakan yang aku dengar kisah mama , semua anak murid mama yang bagi hadiah adalah kebanyakan yang selalu kena marah , kena cubit , kena tarik telinga , selalu tak siap homework , selalu tak dapat sebut perkataan English dengan betul . So , nampak kan anak murid -murid yang kurang - kurang semua ni lebih menghargai cikgu-cikgu mereka . but , aku tak macam tu pun . hurm . aku tak pandai pun . mama kata yang budak pandai kebanyakan sombong pula . hurm ? well

Itu sahaja , the special edition of 16 may 2013 . KiSAH Teacher dan Anak Murid Nakal mengundur diri. ^^  .. jaaa .. assalam .. ^^


3 comments:

khaifaiz said...

ok la... ada bakat juga menulis ni... jgn merendah diri sgt

Unknown said...

sometime, tak perlu gambar pun dah ok nak ceritakan sesuatu.. u are good in bringing audience into your world.. keep up :)

Nazerah Yahya said...

tenks uolls ..... kejap nak cari tisu .....