Friday 21 June 2013

21 June 2013

Friday, 8:44 malam , Living Room Cemara :
 
 
Assalammualaikum dan salam malam .
 
 
Alhamdulillah , akhirnya dapat juga aku menghadirkan diri ke praktikal pada 17 Jun , hari Isnin . Yelah tu kan ? Walhal , hari pertama , aku dah terlewat 15 minit okay , akulah  bakal pekerja yang paling lewat ke sana . Masuk jer , terus dengar taklimat . Fuh !
 
              Then , baru duduk beberapa minit , kami terus ke jabatan masing-masing , aku dan empat orang lagi berada di Jabatan Akaun , Tingkat 37 ~~~ , Oh , aku rasa macam aku bakal kehilangan deria pendengaran sangat laju seyh , lifnya .Iyerlah , kito ni orang kampong , mano nok adonyor nek lif sampai tinggi melangit , kito nek lif takat pi tingkat tigo tak pon duo jaaa . betoi dok ? Then , pada hari pertama , aku telah disumbat macam-macam benda dalam otak , habis buku nota aku yang cantik lagi mahal , kena serangan tulisan yang tak bermutu sampai diri sendiri tak dapat baca apatah lagi faham .

 
 
            Pada kedua , ketiga dan keempat , pepagi kena mulakan dengan Bismillah , bersyukur kehadrat Ilahi sebab dapat ke ofis awal , sampai pun awal . Aku siap berlenggang kangkung mak ilai-ilai lagi ke PNB , kalau tak , hari pertama dan kedua , bukan main marathon dengan orang lain , walhal , diorang bangunan lain . Saje , pepagi tu nak cari pasal dengan orang lain , masalah kan aku ni ? Suka berlumba dengan orang yang tak sepatutnya .
 
           So hari kelima iaitu hari ini , paling memenatkan  dan pengalaman pertama yang aku pernah alami . Kisahnya begini , abang aku ada exam esok pagi , so aku tak naklah menyusahkan dia sebab dia kelihatan penat jer lepas ambil aku di Taman Jaya , PJ lepas tu hantar aku balik Equine pulak . Kerja macam biasa , masa nak balik , lepas SYS dengan kawan-kawan semua , aku ambil tiket ke KL Sentral guna Tren Putra . Sampai KL Sentral , kisah bermula . Pertama kali aku balik sendiri !!

             Memang ramai orang sangat , dan bila aku keluar saja dari tren tu , semua orang  rushed masa turun tangga , aku ni terpinga-pinga kejap , kenapa dengan diorang ni ? Takut terlepas bas ke ?

             Time ni aku sesat lebih kurang 10 minit , mencari tempat mesin tiket , aku tak tahu  kena beli kat kaunter , pusing 360 darjah then , aku jumpa orang duk berbaris panjang-panjang , dengan muka tebal ni , aku tegur sorang budak ni .

          '' Maaf ye , nak Tanya , sini beli tiket untuk KTM ke ? Lepas beli tiket ni , kena pergi belah mana ? Platform ke Serdang apa ye ?'' , mulanya budak ni pandang jer aku , pastu dia cakap ,'' Errr , cakap apa tadi ? '' Aku macam , eh slow sangat ke suara aku ni ? so , ''ulang tayang'' again .

          Budak ni pun cerita itu dan ini , pastu dah faham , aku thanks kat dia , dan dia siap bagi giliran dia lagi kat aku . Pastu , kawan dia Tanya aku pulak , nak ke mana ?  Aku pun jawab sambil tersenyum , so untuk mengelak daripada bersoal luar dari topic , aku cepat-cepat pandang ke depan .

          Then selesai , aku beli tiket , aku masuk tren Platform 6 yang menuju ke Seremban . Lamanya nak sampai , dahlah aku bawa beg laptop , penat sangat .  Then , sampai jer Stesen Serdang , again ,aku dilanda masalah . Bas mana pulak ni ? Kena lintas ke tak ? Aku Tanya kakak-kakak ni , hok alorh , diorang pun first time jugak , but tak naik bas pun . Oh bas ke Equine !  Mana kamu ?

          So , aku Tanya sorang akak kat kedai ni , dia kata kena ke seberang jalan , untung ada jejantas . Tapi penat jugalah . Sampai situ , aku kebingungan lagi , aduyai ~~~ bas nombor berapa ? Aku Tanya akak yang meniada di situ , dia kata Bandar Permai . ohhh~~~

          Dekat sejam aku sejam aku menunggu , sebenarnya aku dah terlepas berapa bas entah , Pasar Borong pun pergi Equine jugak ,aku  tak tahu . huhuhu ~~~ Then , dekat pukul 7 petang , aku dapat naik bas rapid  . Satu lagi masalah datang lagi !

         Dalam bas  tu aku bertengek di tingkap , pada masa yang sama , cari manalah bell ? Pada masa yang sama jugak , aku tengah text dengan sorang ni , aku Tanya dia itu dan ini . Dia kata bell ada dekat tiang , so aku toleh kiri kanan . Tudiaaa , emakk uiii~~~ jaoh bebenor nak tokan bell-nya . Aku ni dah target beberapa orang yang berdiri or duduk dekat bell tu , siap sedia nak jerit '' Tolong Tekan Bell !!! Dan , pada satu saat , aku toleh ke luar tingkap , OH My Ya Rabb !!



Rupanya , selama ini , dan hakikatnya aku memang berdiri dekat bell , dah tu aku sandar lagi kat bell tu . Punyalah sengal , memang ko tak akan nampok pun bellnyer jahh oii ~~~ .... Then , di tempat aku genggam tiang kat tingkap tu ada butang OKU , aku Tanya kawan aku ni , text dia , dia pun tak tahu apa function butang OKU tu . So , suddenly , Chinese lady ni tekan butang OKU tu , Oh Ya Allah , betapa ku tidak tahu itu juga adalah bell . Dalam hati ini , aku duk merungut mulanya ,'' Awatlah bell ni , depa suka lekat joh-joh???'' Memang ke-blur-an tu buat aku jadi pening .

Akhirnya , Alhamdulillah  sampai jugak roh dan jasad aku di Cemara . Aku ni dah rasa macam nak hooray ! lepas turun bas , first time ever aku naik bas dan KTM seorang diri . Putra dah biasa naik sendiri sejak 17 Jun 2013 , tak de nak bangga sangat cik kiah oii ~~~

Dan akhir sekali , beli makanan untuk dinner , kalau nak aku masak eh , memang tak makanlah malam ni , penat sangat ! ... got to go . SYS !

Assalam .
Maaf eh kalau tersalah taip .

 


6 comments:

Mysara Ab Rahman said...

slamat berpraktikal! amboi..hari pertama dh lewat ye..hee

Nazerah Yahya said...

ha ah ..... memang dah femes time tu ... tapi Alhamdulillah , lepas tu selalu awal ... huhu

ewanthology said...

baguslah tu, pengalaman berharga.
asyik dihantar dan dijemput pergi balik kerja.
sekali sekala enjoy benda baru.
barulah kita belajar sesuatu :-)

Nazerah Yahya said...

kan ..... mula tu nak nanges jer ... nak kemana ni .... nak give up ...

akhirnya ... Berjaya jugak .. uhuhu.. ^^

Teena Tna said...

Jauhnya journey dia...
Yg penting kena ringankan mulut, malu bertanya sesat jln nnt..
Korang praktikal cmne? Kena Buat apa?

Nazerah Yahya said...

teena : Tanya , tapi diorang ni macam nak desak supaya cepatlah faham . !! huhuhu....

tak best ! kerja tak best , suasana best !

muat turun dan muat turun dan muat turun .....