Saturday 22 June 2013

22 June 2013

05:32 petang , Sabtu , Living Room Cemara
 
 
Assalammualaikum dan petang uolls !
 
 
Akhirnya selesai jugak aku menonton SSID sampai episode 11 , weheee , rumah sini dah tak ada TV , so aku tengok secara online lah . wahaaa !!! ala-ala datin gitu .
 
By the way , aku ada baca satu entri dari satu blog and I was amazed sekejap entah kenapa dan masa tu baru aku terfikir sesuatu iaitu aku nak jadi orang baik , bukan apa aku ni bukan baik sangat , suka jer buli budak-budak ni , ada ke patut budak -budak duk mandi di pool , kununnya aku cerita ada itu dan ini . Ngeri juga bebudak ni tapi lepas tu enjoy balik . Well its okay .
 
 
So , masa aku tengok bebudak ni mandi manda , aku terfikir sesuatu . tentang anak . bila aku dah ada anak . anak yang macam manalah nanti aku lahirkan . wahh , jauh benor melayang but aku ada baca sesuatu pasal anak ni , but I'm not sure nama apa buku tu . Yang aku ingat hingga sekarang , anak kita akan jadi macam apa yang kita jadi sekarang , gitulah . So , i was wondering , aku perhati bebudak ni , dan aku try imagine parents diorang ni macam mana . but , ii'm failed !
 
 
So again , aku sedar bahawa aku kena serapkan diri aku dengan  nilai-nilai murni mulai sekarang , sebab aku nak anak-anak aku nanti baik , suka senyum tak kira sesiapa , optimis dan orang senang sangat dengan dia . gitu lah gamaknya . dan aku nak sangat anak aku jadi Hafizah or Hafiz ( penghafal Al-Quran ) suka dan sejuk bila aku tengok remaja yang bertudung dan menutup aurat dengan baik , dan sopan jer bila bercakap . Sejuk mata mak ni haa ... Tetibe mood mother-ish datang . haha .
 
 
Aku ada sembang dengan budak perempuan ni , baru umur 6 tahun , dia bersekolah biasa tapi dia suka Al-Quran dan suka cerita Nabi . Bila dia Tanya aku pasal kisah nabi tentang mukjizat ni , terpaku sekejap aku dengan dia . Aku pandang dia , senyum jer dengar dia berceloteh . Anak-anak sekecil ini sudah tahu menahu kisah Islam , kisah para anbiya . Alhamdulillah . Masa tu kan , aku rasa macam nak menitis air mata dan peluk dia erat dan nak cakap , jadi anak akak boleh ? dengan mata bersinar-sinar , boleh pula cegitu .
 
Then , masa tu aku dah start baca tentang ibu dan anak . wah ... Nampak sangatlah kan , aku ni macam nak berkahwin . Tak kisahlah , ilmu jugak kan , nak tahu jugak . It doesn't matter . Sejak aku pakai cincin ni , aku jumpa staff di ofis, diaorang tegur , muda-muda dah kahwin , aku senyum jer .
 
One more things , aku hairan satu perkara , kenapalah agaknya orang-orang dalam tren ni , aku senyum diorang  jeling  . Tahulah penat , fakta mengatakan , senyum boleh menenangkan seseorang . Senyumlah yer !
 
 
 
 


6 comments:

ewanthology said...

nak jadikan anak2 al-hafiz/hafizah... parent pun kena mcm tu gak atau at least punyai ilmu agama yg baik. sebab pendidikan bukan kat sekolah je tapi di rumah pun anak terdidik dengan apa yg dilihat dan didengar.

Siti Hajar said...

senyum itu kan sedekah :)

Ilmu tu penting. tak kiralah ilmu ape-ape pun. Asal kita ada keinginan nak belajar, perlu bersyukur banyak2..

p/s: Aah. Masa hari lahir, dengar lagu taylor swift 24 jam! hehe.

Unknown said...

err, dah mula lahir sifat keibuaan? petanda jodoh ko dah dekat kot :P

ko senyum diorang jeling? normal la. persepsi. kalau ko enyum kat lelaki, diorg ingat ko nak menggatal lg2 kalau mereka tu berumur. nampak tak permainan kat situ. kalau ko senyum kat mpuan, diorg igt ko lesbo kot. haha *melawak je*

Nazerah Yahya said...

malay male :ya , betul . sokong ...... kita kena jadi diri yang baik dahulu ....

Nazerah Yahya said...

hajar :~~~~~~~^_^~~~~~~~

yep , ilmu tu luas , luas sangat ..... really , dgr 22 , wahhh ~~~ hihihi

Nazerah Yahya said...

mr KP : yeke , dah keibuan , hurmm.. tetibe takut pulak .. ~~~

senyum dekat lelaki dan prmpuan , kita senyum sebab , diorang bediri edpan kita , so janggallah kan kalau tak senyum .... tapi jelling jer .. aduyaaaa..~~