Tuesday, 24 September 2013

25 September 2013 : Redha Itu Datang

06:54 pagi , Rabu , Cemara
 
 
Assalammualaikum dan pagi-pagi semua !
Alhamdulillah , bagaimana hari ini ? Okaykah ?
 
Wahai warga pagi-pagi !!! Semua orang pagi-pagi dah siap kan nak pergi tempat kerja , pergi kuliah , hantar anak ke sekolah , dan macam -macam lagi kan ? Apapun , tetapkan hari ini nak dapat redha Allah swt . Inshaa Allah . Ampa semua akan merasanya . Indah dan berhikmah .
 
Semester ini , banyak sangat benda berlaku kat aku dan family . Entah berapa kali aku nak mention , macam nak minta simpati pulak but aku tak minta simpati cuma aku nak cerita ja . Tak minta apa-apa pun , selain aku mengadu kat Allah , aku dah tak tahu nak cerita kat siapa . FB ? ohh ~~ certain matters saja , dan aku rasa blog lah . Tak semua orang yang aku kenal tahu blog ni even my kawan baik . :3
 
Pagi ni , aku bangun dan bersemangat nak pergi ofis dan berniat nak sampai awal . Terbaca satu artikel , cuba ubah rutin bangun pagi . Kita bangun pagi selalu tengok jam kan ? Apa kata sebelum tengok jam , pertama bila kita bangun tidur , sebut Alhamdulillah dan berniat or berdoa , '' Ya Allah ku mohon redhaMu pada hari ini .''
 
Dan saat , aku cuba positifkan diri dan optimis , tiba-tiba abang call yang abang mengalami eksiden kecil . Mahu tak tergamam aku dibuatnya , teringat kemalangan abang aku yang lalu semasa aku belajar di UNISEL dulu , lagilah,  semangat terus luntur dan abang kata aku kena pergi kerja jugak , dan aku pun pergilah tunggu bas . Sekarang Allah tengah uji aku lah rupanya . Aku pun bersabar .
 
Dan bas datang . Aku tahan bas dan bas tu pergi weeyyyyy ~~~~~~~~~~
Aku dah macam , ''APE HAL KO BASSSS TAK NAK BENTI  ????''
 
Dan teruslah semangat aku bina tu lagi dicincang dan aku call mama , tba-tiba nak call . Aku Tanya mama buat apa ? Apa punya soalan lah kan ? mestilah pagi-pagi siap-siap pi sekolah kan. Tapi , jawapan yang aku terima unexpected .
 
'' Mama dan abah nak pi kat adik . Adik sakit teruk kat IKBN , adik call warden tak dapat . Dah dua hari adik try call and jumpa  tapi tak dapat dan depa buat tak heran ja . Inilah bila orang kerja kerajaan , sambil lewa ,'' ngadu mama geram dengan orang yang patut membantu adik aku ni , siap dengan nada unsur berpolitikan .
 
Semangat aku terus hilang , bila budak cina comel tu sakit . Dari luntur berkepingan , terus dicincang halus dan kini hilang . :(
 
Niat aku nak tunggu bas tak mampu dah , tengok jam dah lewat sangat nih . Ni kalau aku pergi kerja ni , sah memang lewat gila aku sampai . Dahlah bas awal tak berhenti . Lagilah aku rasa tak betul hari ini . Oh , ini ujian . sabar kejap . Alhamdulillah .
 
Dan aku pun mula langkah balik rumah . Rasa macam nak menangis , nak duduk di sudut dan mengadu kat Allah . Tapi , aku cuba belajar tabah . Ya Allah , aku tak mampu . Mengalir juga air mata nih . Masa tulah teringat Rasulullah , hebatnya baginda begitu tabah .
 
Aku teringat musibah yang menimpa aku , mulanya kawan mengkhianati aku di tempat kerja , dan aku kehilangan kawan , cermin mata aku hilang , buat kerja pun sampai pening tanpa spek mata , kereta selalu merajuk , abang eksiden , adik sakit dan BAS PERGI .
 
Tiba-tiba aku tak tahu nak taip apa dah .
 
Banyaknya aku nak luah tapi takut pula ampa semua pening , kisah putar belit ni . Semua orang ada kisah tersendiri kan ? dan masalah pun lain-lain kan ? Aku terasa penat hati , aku pun duduk kat balkoni tengok langit . Orang kata , kalau sedih tengok langit . Langit gelap saja .
 
Oh , ada yang tak kena ni . Aku terus masuk dan buka laptop dan blog dibuka dan menaip entri seperti di atas . Tak bermakna aku dah berputus asa , putus semangat saja , putus asa belum lagi . Semangat sentiasa runtuh tapi boleh bina balik .
 
 
Tengah nak kemaih-kemaih folder , aku terjumpa gambar nih . Bubye kenangan dan spek mata . aku rindu semua orang .
 
 
salam sarapan .
pengajaran utama : jangan cuai.
 
 


2 comments:

kopi pasta said...

ada hikmah lettew di sebalik semua tu... mungkin lepas ni ada rezeki jatuh bergolek depan mata. mana tahu kan. Tuhan kan adil.

err, pic tu zaman bila? awat muka macam budak2 ribena. mhahaha~

Nazerah Mehar Yahya said...

mr KP : wallahu'alam KP ....
huhu...berdoa saja ...

pic tu , bulan jun yang lalu .. ohh biasalah ... pelakon memang punya ciri2 wajah kanak-kanak . kuakua ~~~~

:3