Saturday 25 May 2013

25 May 2013

Saturday , 04:42 petang , Bilik hujung di Equine
 
Assalammualaikum dan evening uolls .
 
Yeah , akhirnya aku berjaya jugak menghabiskan baucer buku . Aku dan abang pergi berbelanja di Kinokuniya , well dah rancang nak bei hadiah birthday kat abah yang bakal berlangsungnya esok dan esok aku balik Kedah.
 
Alih-alih , hampir lima jam kami lepak dan berjalan sana sini mengalahkan pekerja di Kinokuniya . Aku dan abang cari buku . Dalam kepala ni , wah dah bermacam buku aku nak beli , sampai sahaja di Kino , terus blur and macam nak pengsan jer . Banyak sangat buku yang best , seyes gilerr best !!! Bahagian Literature and Biografi , and sangat expensive okay . So , aku taknaklah balik dengan sebuah buku jer , makanya aku pun kira-kira guna otak , ehem , actually otak phone yang ada calculator , well .... lain kali aja beli literaturenya .
 
Tengah ralit dengan buku-buku , aku kaget sekejap apabila announcement mengatakan bahawa kedai akan ditutup dalam 30 minit . Parah-parah , aku baru jer duk pegang buku itu dan ini , bila dengar jer pengumuman tu , gelabah cari buku . So , macam-macamlah aku ambil dan letak balik dalam 30 minit . Orang kat situ pun dah pelik tengok aku ke hulur ke hilir .
 
Tinggal rm100 , huh aku tak tahu nak beli apa . Abang aku lagi best , rm250 tak guna pun then dia pun akhirnya menghabiskan baucer tu dengan beli buku teks maths dia , dekat ratusan , bayangkan hampir lima jam . Dan akhirnya , aku jumpa juga beberapa buah buku , then , at last terlebih sikit lah daripada baucer yang aku guna . Well , its okay . But worth it .
 
 
 
Yehaaaa .... aku suka Totto Chan , the true story . Aku suka kisah yang pelik dan ia benar . Macam Totto , trylah baca buku tu . Englishnya simple but sangat best , dimana ia pentingkan education pada World War II . Yangaku beli hanya tiga buah jer , yang lain tu my feveret , buku yang aku selalu bawa ke mana sahaja untuk diulang baca . Aku beli Towering ala-ala Rapunzel , Totto-Chan dan  Extraordinary Education Nicholas Benedict . Ynag lain Frances Hodgson Burnett dan Adventures of Huckleberry Finn ,  best novel aku selalu baca . Classic !
 
Bag- bag Kuniyo , hohoo ..... tak sabar aku nak baca . Nak baca dalam tren , macam pening kepala jer , dengan bunyi desingnya lagi .
 
 
Rancangan nak beli hadiah birthday abah tak menjadi , hari tu pergi Sunway Pyramid cari hadiah untuk mama , fuhh , berjam-jam jugalah kami berjalan . So, malam ni akan pergi survey lagi sebab esok aku dah balik . Kami rancang nak beli jam tangan tidakpun wallet . Abah aku ni kalau klasik memang klasik sangat , dengan koyak rabak uzur wallet tu pun masih nak guna . Kunun, nostalgia . Aku ni dah pening sekejap
 
So , tak banyak gambar yang diambil so . enjoys yeah semua the weekends .. ^^
 

13 comments:

kyo_9 said...

huhu..
lately dah cuak nak g kedai buku..
sbb buku dok beli, tapi yg lama x abis2 lagi baca.. :p

bagusnya beli present ntk parents..
moga dapat buat begitu juga nanti~

Nazerah Yahya said...

hok alorh ....cuak pulak ???
tak pe , lama-lama nak bacalah tu .. ^^

inshaa Allah , nanti kalau balik kampong , belilah ...simple2 saja .... diorg suka ^^

Unknown said...

<--- bukan hantu buku. kalau aku dapat baucer tu, on the spot aku habiskan untuk external harddrive...

Nazerah Yahya said...

external hardrive ???

apa tu ? misalnya ???

Nazerah Yahya said...

external hardrive ???

apa tu ? misalnya ???

Teena Tna said...

Arini byk kali baca org beli buku kt kino. First time dgr name kino, kt mne tuh?
Adakah aku ketinggalan zaman or kt area sini xde kedai tuh..hehe

Siti Hajar said...

Bestnyer kinokuniyaaaaa! Suka sangat pegi sana. Penuh dengan buku. Dududk lama-lama pun takpe :D

Nazerah Yahya said...

teena : kino singktn bg nama kdai buku kinokuniya .... hihihi ....

Nazerah Yahya said...

hajar : kan , best sgt kn ??? hihi

iKhRam said...

sangat berbaloi utk anda si pecinta buku...

si ngokngek said...

mesti rasa macam nak beli semua buku.hahaa

Nazerah Yahya said...

ikhram: huhuhu ..... rasanya pencinta buku untuk buat koleksi buku .... kuikui

Nazerah Yahya said...

ngokngek: ha ah .... macam nak beli terus kino tu sumbat ke dalam rumah .... boleh tak ???

so awesome ...><