Thursday 19 December 2013

20 December 2013 - Dam ! Dam ! Dam ! Part 1


09: 43 pagi , Jumaat , Teratak .
Assalammualaikum dalam salam pagi Jumaat habibi semua !

Apa kabar kalian semua ? Aku dah rindu sangat kat ampa semua , nak saja aku list semua nama yang aku sangat rindu tu , nak baca blog korang yang ohsem dan penuh cerita . nyut nyut ! hehe ... 
Wah , lamanya tak update ! Baru hari ni dapat aku ber-blog-ging . Yelah , dah jadi senior , so kenalah busykan diri walaupun aku sebenarnya tak ada busy mana pun . Jalan merata adalah . Tulah kerja aku . Tiga minggu lepas , kuliah dah bermula , ampa taw dak , otak minda akal aku semua menetap kat Paris . Dalam kelas ni , aku macam OUT OF EARTH . Berangan nak jadi Taylor Swift tak ke sudah . Aku sendiri tak faham kenapa diri aku macam sebegini rupa . uih ~ 
Banyak cerita aku nak share kat sini , tu lah masalahnya . masalahnya diri aku ni tak reti nak jadi rajin dan penuh kesungguhan seperti aku mula-mula ber-blogging . kemain jari tu menaip laju sakan , entah apa saja aku bebel . huahuahua . aku memang tak faham diri aku ni . Maafkan ku sayang ! 
Sebelum masuk kuliah sebagai pelajar tahun akhir dan merupakan senior semester 5 ( nampak tak betapa aku nak mention sangat aku ni senior ! tolong lempar aku ke dalam laut dalam yang ada banyak ikan bilis , please ! ) , aku dan dua orang kawan aku ni pergi dating kat Mengkuang yang ada Dam . Haa , tahu ka apa dia Dam tu ? bukan Damn Damn ,  lagu Avril okay , ni Dam , empangan . Mengkuang Dam di Bukit Mertajam .  Syok wey , sampai aku nak makan burger McD yang sedap tu pun tak tenang . Mata ni duk meliar tengok sekeliling , otak duk ligat berfikir cemana nak posing model kat sini , tak duduk diam , mulut ni berceloteh satgi buat itu dan ini . Kawan aku yang dua orang ni pun dah pening . Aku ni memang , suka buat jakun kat semua tempat yang aku pergi . Ni kalau orang tipu aku ada ikan ‘Josh’ pun aku 1000% percaya punya . dah , stop melalut !

Jom layan ! 

Mari saya perkenalkan anak-anak gadis yang cumil – cumil . Gambar dari kiri itu aku tak kenal sangat sapa dia , dialah yang dok bising-bising kat Mengkuang Dam tu , excited tak pepasal . Kunun jerk an boleh nampak prince charming kat pulau sebelah sana .
Yang tengah tu , Husna or kami panggil dia Anna or Una saja . Nampak kan betapa dia seronok sebenarnya bergambar dengan signboard kat situ .  Aku pun tak faham , kenapa dia fanatic sangat . aku kebingungan . hehe …
Yang belah kanan pula Ishaa , kalau ampa ingat dengan dialah aku dating kat KLCC . hehe . Wey , ampa Nampak dak betapa cantik suasana kat sana . ohsem kan ! >< 

 



YES ! YES ! YES ! Dah sampai ! Kami bertiga dah siap sedia dengan bekal belian kami tadi , iaitu McD with the prosperity . kiyaaahhh >< … Best wey , ada angin , nak makan puj tak tenang wey , aku rasa macam nak landing terus lelap kat situ taw ! syok wey!  Tolonglah faham perasaan aku yang tengah syok tahap nak terjun ke dalam tasik tu !


Kat sini kan memang ramai berposing model kat sini , berjoging , berpiknik bersama keluarga , berdating dengan pakwe dan makwe , ber-campfire kat situ , berkayak tak boleh , memancing tak boleh , ampa boleh duduk saja tak buat apa-apa dan bergosip . haaa… bahya pulak aku rasa . haaa .. cuba nengok anak- anak gadis di atas , mereka senantiasa menggunakan peluang keemasan ini , dengan sudi menjadi model saya . muahahahaha ~~~
Ceritanya kalau pakwe or makwe lu merajuk , nilah gayanya . Merajuk pun ada style taw kalau ampa duk kat sini . Feeling titanic ~ 

   
Oh yeah , posing lagi , kesian wey kat depa dua orang , jadi model . Kejap kejap aku arah posing cegini cegitu , untung tak pengsan bergolek ke dalam tasik , jenuh aku nak renang , kang , dengan aku pun orang selamatkan . mikmik ~~~
So , ceginilah wey , kalau duk kat mengkuang dam , korang rasa sangat tenang dan nak duduk , nak makan , nak berbual tu , pemandangan sangat luas taw . subahanallah .. seyes cantik suasana .. aku rasa macam nak masukkan mengkuang dam ni dalam blog , bagi ampa semua rasa sendiri .  
Baiklah , apa yang best sangat dan apa yang boleh korang buat kat sini dan apa manfaatnya korang pegi Mengkuang Dam ni ? Haaa .. sekarang duduk senyap- senyap , kunyahlah makanan yang sedap sambil membaca . :3

Pertama
  

Untuk guys di luar sana , Inilah tempat paling romantic kalau korang nak melamar seseorang . korang nak sambut anniversary ke aper , gerenti mesti pengsan bakal isteri dan isteri korang tu . Korang tutuplah mata dia ke haper pastu kasi saspen then bawa dating kat sini . Perghhh , tak sempat korang nak melamar , terus pengsan jerit-jerit nanges-nanges dibuatnya .
  See , aku siap melamar Una supaya jadi model aku lagi !

Kedua


Kalau korang dilanda masalah dan kesedihan , ini lah tempat yang sesuai korang nak melempaskan kesedihan . Yelah , korang break up dengan kekasih tercinta ka apa , apa-apa yang berkaitan dengan sedih . bolehlah korang pergi duk kat sudut titanic tasik tu , pastu korang kutip ranting kayu dan main dengan air dan nyanyi Jujurlah Sayang . Gerenti, lepas tu mesti ada yang berkenan kat korang . haaaaa ~~~
Nampak tak betapa bernasnya idea budak kecik ni . huwaaakk ~~
Selamat mencuba wey ! aku sayang korang !

Ketiga

Part paling best untuk kanak-kanak , diorang bolehlah main permainan tradisional ka apa , main sek sek boom boom ka , macam akak Una kita . Or main kejar mengejar , hide and seek dilarang ya anak-anak, tempat besar kang kuar paper , ‘’ Anak Hilang Ketika Main Aci Nyorok Di Mengkuang Dam ‘’, haa pastu adalah benda tahlul orang perkatakan , tak bek wey , jagalah anak-anak anda ya .
Korang tengok kawan aku ni ,  siap bersimpuh wey kat rumput , gadis melayu Sungai Petani taw tak ! Rumput situ gerenti bersih dan hidup menghijau . :>

Keempat

Bagi yang rasa macam nak ber-bollywood , boleh lah kut . Korang nak berromantik dengan gaya kuch kuch ho ta hey kat pokok yang rending , memang okaylah kut aku rasa . Nampak tak , betapa hebat anak-anak sekarang menari pokok . no puja muja ya anak-anak . :3
Korang Nampak tak , abey wey kat belakang sana . entah apa yang dia fikir tengok kami menari-menari kat pokok tu . ish ish ~~

Kelima  

Terbaik untuk gadis-gadis , kat sinilah korang bolehlah cari calon suami . Badan tough tough wey , haaa … yang tak mau cari calon just datanng nak cuci mata , jagalah mata ya , kang korang pi usha suami orang , kang buat drama swasta tak berbayar pula . mahahaha .. ~~~

Keenam 

Terbaik untuk guys sana , kat sini lah juga tempat terbaik korang nak cari bakal isteri , misalnya macam anak gadis di atas , kalau Nampak posing cun gaya model tu , memang sah lah , diorang bersedia nak jadi isteri korang . mahaha ~~~

Ketujuh

Kalau korang yang jenis suka kuat berangan macam aku ni , silala datang sini . Bolehlah korang layan angan-angan korang tu melayang ninggi kea wan sana yang lagi luas . :3

Kelapan

Membina diri yang baik dan menanamkan sifat yang baik dan mulia . ewah , ayat . Kat sinilah korang terasa berbudi . Kalau korang dah jalan kat tempat cantik camni , Nampak sampah mesti korang kutip wey , tak sampai hati wey . Kat sini taka da cleaner taw , pengunjung yang datang situ yang menajdi cleaner . sendiri bawa sampah , sendirilah buang sampah di tempatyang betul. Haaaa ~~~

KESEMBILAN


Tempat yang best untuk photoshoot gambar kawen . Nampak tak kawan aku dua orang ni dah siap posing macam bride of the day pula . haaa ~~ korang tak nak ka ? aku dah promote habis habisan ni . And kat sini , dimana, korang akan asyik sebut nama Allah , berzikir . Bersyukur sangat .

KESEPULUH  

Korang boleh tengok kapal terbang !!! hehe .. syok wey !!! langit tu terasa luas sangat . hebatnya Allah swt . masih lagi kita tak pandai bersyukur ?

Okay , dah cukup sampai hari ini .
Next Entri nanti insya Allah , Malam Cinta Rasul , Mama Date with my Girlfriends , Tasik Beris Ladang Anggur , Dam ! Dam ! Dam ! Part 2 , Aku , Adik dan Gitar , dan banyak lagi . Insya Allah .
Assalammualaikum ! :3

Wednesday 2 October 2013

2 Oktober 2013

8:43 malam , Cemara , Rabu .
 
 
Assalammualaikum dan salam isyak !
 
Sihatkah ampa semua dengan keluarga , kawan , haiwan peliharaan ? miahahaa ~~~ Kami doakan ampa semua sihat , by the way , hidup ampa semua macam mana ? tenang ? berjalan lancar ? masalah banyak eh ? oh , happening sangat ka ?
 
Ampa , apa rasa kehilangan orang yang baik dengan kita ? apa rasa kalau orang tu mengkhianati kita ? apa rasa ampa nak maafkan dia ? diamkan diri ? serang dia ? smack down dia ? buka aib dia ?
Apa rasa kena buli ? Apa rasa kena buli ? Apa rasa kena pinggir ?
 
Sejak geng aku masa sems satu pinggirkan aku , aku dah kurang percaya kat orang . Aku cuba berkawan saja dengan sesiapa tapi lama kelamaan orang tu mula memijak kepala aku . sebab dari sekolah rendah lagi , aku ni dulu mangsa buli , kena buli dengan budak yang lebih besar dari aku . aku tak boleh lebih apa-apa daripada depa , kalau tidak , siaplah , laci meja aku penuh sampah , buku homework aku dipadam jawapan , aku hilang kawan dalam sehari , dan dipekecilkan dalam kelas .
 
Zaman sekolah dulu tak menarik pun bagi aku . Time balik sekolah ,  aku rasa seronok ja tengok orang lain balik sekolah dengan kawan-kawan sambil berpegang tangan , kongsi satu payung , lari-lari kejar dan gelak ketawa . tapi aku ? aku balik sorang-sorang dan selalu sapa kucing kat setiap tempat aku lalu .
 
Dan bila adik aku masuk sekolah , adik aku pula jadi mangsa buli , betapa setiap hari , kalau aku dengar ada ''budak Cina'' kena buli , mesti aku lari cepat-cepat , aku taw budak Cina tu adik aku . dalam tandas lelaki , kat hujung padang , belakang blok kelas , di pagar sekolah ,  aku redah ja nak selamatkan adik aku , tapi bagusnya adik aku , dia tak nanges tapi dia senyum ja  .
 
aku ingat kata-kata adik aku time aku sikat rambut adik yang dah serabai sebab budak buli main kepala dia , '' akak ada , adik okay ja .'' aku yang menangis sebab , lagi berapa tahun aku akan keluar dari sekolah tu . risaunya aku kalau jadi apa-apa kat dia .  cikgu time tu pun tak membantu , aku benci cikgu masa sekolah rendah , depa biar jaaa . aku takkan maaf depa tu .
 
 
 
sejak tu , aku ada geng balik rumah . aku balik dengan adik aku . kadang-kadang jalan kaki , kadang tu nek beskel , lumba beskel balik rumah . kalau jalan kaki , kami dua akan lalu jalan tepi sawah , bestnya time tu . aku dan adik saja , kat sekolah aku selalu rehat dengan adik aku ,  pi sekolah and balik rumah kami berpegang tangan balik rumah sambil nyanyi lagu Bangau oh Bangau . oh aku ingat lagi .
 
Aku dan adik selalu jugak bergaduh tapi okay jugak , tak tahulah kenapa aku teringat zaman sekolah rendah pula . sebab sekolah rendah aku lalui macam benda dan kalau boleh aku nak putar masa nak jadi ohsem dna berani tapi tak boleh .
 
Sekarang ni semua orang dah besar , album gambar ja bantu kami ingat semua cerita dulu . macam manalah aku dan adik survive mas dulu , baby sitter kami dua dulu pun teruk , aku ingat lagi ,adik aku ditolak ke dalam bilik air dan kepalanya terhantuk .
 
orang yang tak kenal jumpa aku mesti depa kata zaman kecik-kecik aku happening walhal tidak pun . jernih di muka tu , entah berapa kali mereka menangis . entah apa yang dia lalui . ya , aku cemburu dengar kisah kawan aku yang banyak kisah happening masa zaman ribena tapi aku tak .
 
aku tak ramai kawan , ada jiran kata , aku ni terlampau baik dengan orang , orang terus buat aniaya . orang yang berkawan dengan aku tak ikhlas , sampai sekarang aku memang tak pandai berkawan dengan orang , tapi Alhamdulillah , sejak masuk sekolah menengah , kami dua dah okay , ada connection . Aku jumpa kawan yang hebat dan sangat memahami aku .
 
sejak tu aku mula belajar senyum kat orang , tapi orang pula suka salah tafsir senyum aku tu . hurm , duniya duniya . hidup aku ni memang akan selalu suram sahaja , aku tahu .
 
 

Oh ya , ampa penah nengok cerita Hachiko ? Haaa , cerlah youtube kiah Hachiko , sedih wey , friendship and loyalty susah nak dijumpa pada satu masa yang sama . satu sejarah dan memori di Shibuya Jepun . jaa dee !
 


Tuesday 24 September 2013

25 September 2013 : Redha Itu Datang

06:54 pagi , Rabu , Cemara
 
 
Assalammualaikum dan pagi-pagi semua !
Alhamdulillah , bagaimana hari ini ? Okaykah ?
 
Wahai warga pagi-pagi !!! Semua orang pagi-pagi dah siap kan nak pergi tempat kerja , pergi kuliah , hantar anak ke sekolah , dan macam -macam lagi kan ? Apapun , tetapkan hari ini nak dapat redha Allah swt . Inshaa Allah . Ampa semua akan merasanya . Indah dan berhikmah .
 
Semester ini , banyak sangat benda berlaku kat aku dan family . Entah berapa kali aku nak mention , macam nak minta simpati pulak but aku tak minta simpati cuma aku nak cerita ja . Tak minta apa-apa pun , selain aku mengadu kat Allah , aku dah tak tahu nak cerita kat siapa . FB ? ohh ~~ certain matters saja , dan aku rasa blog lah . Tak semua orang yang aku kenal tahu blog ni even my kawan baik . :3
 
Pagi ni , aku bangun dan bersemangat nak pergi ofis dan berniat nak sampai awal . Terbaca satu artikel , cuba ubah rutin bangun pagi . Kita bangun pagi selalu tengok jam kan ? Apa kata sebelum tengok jam , pertama bila kita bangun tidur , sebut Alhamdulillah dan berniat or berdoa , '' Ya Allah ku mohon redhaMu pada hari ini .''
 
Dan saat , aku cuba positifkan diri dan optimis , tiba-tiba abang call yang abang mengalami eksiden kecil . Mahu tak tergamam aku dibuatnya , teringat kemalangan abang aku yang lalu semasa aku belajar di UNISEL dulu , lagilah,  semangat terus luntur dan abang kata aku kena pergi kerja jugak , dan aku pun pergilah tunggu bas . Sekarang Allah tengah uji aku lah rupanya . Aku pun bersabar .
 
Dan bas datang . Aku tahan bas dan bas tu pergi weeyyyyy ~~~~~~~~~~
Aku dah macam , ''APE HAL KO BASSSS TAK NAK BENTI  ????''
 
Dan teruslah semangat aku bina tu lagi dicincang dan aku call mama , tba-tiba nak call . Aku Tanya mama buat apa ? Apa punya soalan lah kan ? mestilah pagi-pagi siap-siap pi sekolah kan. Tapi , jawapan yang aku terima unexpected .
 
'' Mama dan abah nak pi kat adik . Adik sakit teruk kat IKBN , adik call warden tak dapat . Dah dua hari adik try call and jumpa  tapi tak dapat dan depa buat tak heran ja . Inilah bila orang kerja kerajaan , sambil lewa ,'' ngadu mama geram dengan orang yang patut membantu adik aku ni , siap dengan nada unsur berpolitikan .
 
Semangat aku terus hilang , bila budak cina comel tu sakit . Dari luntur berkepingan , terus dicincang halus dan kini hilang . :(
 
Niat aku nak tunggu bas tak mampu dah , tengok jam dah lewat sangat nih . Ni kalau aku pergi kerja ni , sah memang lewat gila aku sampai . Dahlah bas awal tak berhenti . Lagilah aku rasa tak betul hari ini . Oh , ini ujian . sabar kejap . Alhamdulillah .
 
Dan aku pun mula langkah balik rumah . Rasa macam nak menangis , nak duduk di sudut dan mengadu kat Allah . Tapi , aku cuba belajar tabah . Ya Allah , aku tak mampu . Mengalir juga air mata nih . Masa tulah teringat Rasulullah , hebatnya baginda begitu tabah .
 
Aku teringat musibah yang menimpa aku , mulanya kawan mengkhianati aku di tempat kerja , dan aku kehilangan kawan , cermin mata aku hilang , buat kerja pun sampai pening tanpa spek mata , kereta selalu merajuk , abang eksiden , adik sakit dan BAS PERGI .
 
Tiba-tiba aku tak tahu nak taip apa dah .
 
Banyaknya aku nak luah tapi takut pula ampa semua pening , kisah putar belit ni . Semua orang ada kisah tersendiri kan ? dan masalah pun lain-lain kan ? Aku terasa penat hati , aku pun duduk kat balkoni tengok langit . Orang kata , kalau sedih tengok langit . Langit gelap saja .
 
Oh , ada yang tak kena ni . Aku terus masuk dan buka laptop dan blog dibuka dan menaip entri seperti di atas . Tak bermakna aku dah berputus asa , putus semangat saja , putus asa belum lagi . Semangat sentiasa runtuh tapi boleh bina balik .
 
 
Tengah nak kemaih-kemaih folder , aku terjumpa gambar nih . Bubye kenangan dan spek mata . aku rindu semua orang .
 
 
salam sarapan .
pengajaran utama : jangan cuai.
 
 


Monday 16 September 2013

16 September 2013

Cemara , 8:35 pagi , Isnin
 
 
Assalammualaikum habibi semua .
isenin ampa semua cuti kan ? oh oh oh ~~
Salam Hari Malaysia everyone !!!! sambil terloncat-locat kat balkoni ~
 
 
Weekend ni , aku dan abang banyak plan tapi , kereta ni buat hal sungguh . ada jer nak protes , tak bagi jejalan . So , aku pun date lah dengan kawan baik aku Isha Sharuu di sekitar di KLCC Suria semalam which is Sunday !
Ada show motor berkuasa tinggi wey , badly , aku terlupa nak ambil gambar aku lalu cegitu jer . huahua
 
Rancangannya bukan jejalan tapi sambil tu buat final report intern , aduyaii , lagi beberapa minggu ja nih , tak taw lah , presentation pun tak buat lagi , report untuk PNB pun tak buat lagi . adusss ~~
okay , cukup rungut sana sini .
 
 
Alang-alang , di KLCC , aku dan Isha berlagak anak mak datuk datin , masuk kedai famos emez sesuka hati , speaking omputih saiz ni ada ke tak ? warna ni ada ke tak ? lastly , '' It's okay , thank you '' dan pergi begitu sahaja . memang terbaik sangat . frust gila aku rasa salesman dan salesgirl tu . kami ni layak  shopping kat pasar malam ja . huahua~
 
 
  Haaaaa !!! kasut terlekat , tak boleh tanggal , dia suruh belilah tu . at Vincci !
 

 
''adik , apa kata kita culik buah durian ni ? ''
sudah biasa diorang kat kampus dan temasuk isha panggil aku adik , sebab aku kecik okay everyone , get it ? :3

 
Seyes ka ni , hang nak makan benda ni ? cokelat durian , kami rasa pulut durian sedap lagi paa ...  :3

 
Donut tu!!!!!!! Awat aku rasa macam selimut yang aku pakai macam sama kaler dengan dinding kedai donut nih ??? musykil musykil ~~
 
Lepas jejalan , singgah KFC . Rancang nak pi Mcd , tapi disebabkan ada berita pasal tidak halal semuanya , haaa .KFC saja gamaknya , sambil sembang pasal percintaan lah , isha jer cerita aku gelak-gelak jer dengar , tak ada kisah cinta pun , kisah kawan dan musuh , macam-macamlah .
 


 
 
muka kenyang pelahap 4 ketul ayam . uhuiihhh ~~
Pastu isha tarik-tarik amek gambar , aku ni payah sikit kalau nak bergambar , kalau ya aku selalu tutup muka , pemalu gamaknya ~~~~ ceiiihhh ~~
tapi kalau dah bergambar , muka macam-macam style aku buat sampai semua pakat meluat .. huahua...
 
On the way , nak balik , aku dan isha jejalan kat sekitar air pancutan . Uihh , patutlah ramai orang suka dok berdua-duaan kat sini , romantic baq hang . Aku dan Isha dah terkebil-kebil nak lalu kat situ . malu kut . malu tengok diorang ni bukan muhrim berduaan , berpelukan dan macam-macam aksi yang aku tak sanggup nak tengok .
 
 

Isha dan bangunannya . haha ~~
 


Drama akan datang , Aku Bukan Dia , Dia Bukan Aku .
Nantikan Disember ini .
 


Curi-curi amek gambar kami  ek , isha ?
 

 
KLCC , agak-agak kalau jatuh dari atas tu , sampai bawah jadi apa ?
boleh buat Final Destination 6 nih !

 
Public Bank for Public View . :3

 
Aku tengah skodeng orang ni , ada mamat omputih encem oh !

 
kami amek gambar ampa lak isha ! :3

 
Movie akan datang , Lady , Lost In the City !

 
Cari tangga ke LRT , ngak ketemu deh !
 
 
Kasut kami !

 
Bang , menara kembar tiga ngak ada ya bang ???


 
Dah lah , jom balik anak-anak ku ... udeh malem ! ayup pulang , kita makang nasi goring kampong kat umah ya !
 
 
YA , dah habis . Aku tahu banyak tayang muka ja , hahaha ... dah tak tahu nak buat apa kat KLCC tu , report dah settle , so bahagiakan diri , tak lama dah aku kat KL , nanti dah nak balik Kedah , sambung tahun akhir sebagai pelajar Senior Akaun !! uwaaa ~~~ bestnyaaa !!!
 
 
Okay , perut lapar , nak makan . jaa dee !
Ingat satu pesanan , kawan tak kisah berjuta pun , less believe , less talk , less secret .
faham-faham saja . :3
 
 
Oh , ya , ada ulama tersohor baru sahaja meninggal disebabkan barah otak ,
Al HABIB Munzir Al Musawa . Hilang sudah satu permata dunia islam .  minta semua sedekahkan al fatihah ya .
 
assalammualaikum , senyum taw lepas habis baca . saya doakan kamu sihat dan dipermurahkan rezki dan panjang umur . amin ..

 


Tuesday 10 September 2013

10 September 2013

Cemara , 08:00 malam , Selasa
 
 
Assalammualaikum ya habibi !
 
Ya Allah , lamanya aku bercerai dengan blognya , hari ni baru nak merujuk . ceh~
Hidup aku penuh dengan kemalasan yang berleluasa , berfacebook saja sempat aku teroka . blogging? innalillah saja aku mampu ucap . :3
 
Oh oh , sihat ka ampa ? Insya Allah , ampa sihat , kami doakan ya !
Banyak sekali yang aku lalui , macam-macam dan bermacam-macam , tak tahu nak start macam mana . Nak saja aku cerita setiap hari di blog , tapi apakah daya , keletihan berleluasa . Macam pantun dua kerat pulak aku buat .
 
Oh yeah ! Oh yeah !
aku cerita melalui gambar jerlah . Tak best tak per , inilah kehidupan orang yang tak best . nak buat cemana kan ? dah tak best ... ~~~  :3
 
 
Zuriatul Amira , Fatin Mansor  , Husna Mad Nood , Izzudin  Roslee ( depan) , Fadzil Jamaludin( Hijau ) dan Al Hafiz ( putih ).
 
 
Time raya nuu ~~ Last berziarah rumah diorang ni sebelum semua pakat berangkat ke negeri masing-masing . uwaa ~~ rindunya ampa ~~
 
 
raya-raya di rumah asmaul husna , rakan trainee di PNB , atas sekali penduduk Jelatek . wiit wiit . sorry tak dapat join ampa tiga berdating kat KLCC Park .
( Atas ke bawah : Asmaul Husna , Syafawanie dan Asmi )
 
Baru-baru ni aku pergi date dengan abang aku di Pantai Morib . Best kut even aku tak dapat bermandi manda seperti anak-anak lain sebab air pantainya agak tercemar . Oh no ! Aku ada alergi kang parah satu badan , tak ke derita ?
 
 
Part paling best , SATE IKANNN !! Ya Allah , akhirnya , dapat juga rasa , seyesly sedap , siap abang aku kata nak buat bisnes jual sate ikan depan rumah lagi , wahh ~~ memang sate tu tak terjual , kami lah penghabisnya . seyesly !! sedap , mahu 20 cucuk kami tolan , tak ada masa nak mengunyah dah .
Nampak tak kesopanan hilang di saat kelaparan ?
 
 
 
 
lepas makan nikmati waktu petang , hujan wey , ingat dapat tengok matahari tenggelam . uwaa  !!!!
Banyak yang aku nak cerita tapi , biarlah dulu , hoho biar biar tak kemana gamaknya .
 
Sekarang bulan lecturer dataang observe tempat praktikal . atoyai , berdebar pulak , macam lah mak mertua nak mai . kuikui ~~~

DAH BUZI BUZI BUZI .
JUMPA LAGI !

assalammualaikum.
:3
 
 


Wednesday 7 August 2013

7 August 2013

Mini Library , Wednesday , 02:44 petang
 
 
Assalammualaikum dan salam zuhur tehee !
 
Pe kabar semuanya ? Anak sihat ? Isteri suami family kucing sihat ka ? Oh yes , akhirnya dapat juga ber-blogging . Betapa aku sangat sibuk mengahrungi hari-hari yang sukar , aku siap menempuh badai , angin beliung , tsunami dan banjir dan hujan dan macam-macam-macam-macam lagi . Hati , sabarlah ya .
 
Ya , lamanya tak berblogging . Aku nak menaip entri pun , dah tak sempat . well . Malas tu ada and satu lagi keletihan . Ya , itu semua alasan . Oh ya , cemana posa ampa ? Best dok ? Yolar , manalah taw  posa kali ni lain ka daripada yang len . Betoi dok ?
 
Banyak sangat yang berlaku masa bulan posa ni , aku ni sampai pening letih malas sensitive semua ada time bulan posa ni . Macam-macam yang berlaku dan menimpa , bukan aku dan abang ja , tapi orang tersayang kami di Kedah sini .
 
By the way , aku dah sampai my syurga duniya . MY HOME ! Sorrylah , kalau aku berbahasa utagha kat sini , sebab aku excited sangat nak jumpa semua orang . weheee !!!
 
Sampai rumah pukul 2 pagi , mahu tak meloncat aku depan rumah . Wahaaa , terus 100% perwatakan dan attitude aku berubah secara drastic . muram dan seyes menjadi keanak-anakan ribena !
erm ! erm !
 
so , ampa semua raya kat mana ? share lah sikit .... :3 tehee .
 
Oh ya , aku pun dah terlampau gembira tahap gaban , so apa kata ampa layan ja gambor-gambor masa bulan posa ni . :3 tehee.
 
*    *    *    *
 
UniSel Gathering , Iftar Ramadhan :3
 
 
Mereka ni saja yang sempat aku jumpa , thanks a lot . Sebab sanggup tunggu sampai tren datang di lewat malam . uhuhu .... tenks to kak Ain cumil , Fatin dan Izazi My twin ,  Syaril Ya Habibi , Thoriq dan Gigul sudi menjemput aku yang tak tersenarai ke iftar . miss uollsss !!!
 
 
Jejalan KLCC bersama Mr Guitar  dan Isha Sharruu :3
 
 
 mr Guitar yang mengajar aku main gitar dan isha my sweet friend :3
Thanks dear , sebab sudi lepak-lepak sama gue di Kino . tehee .
Nanti kita picnic nak tak di taman sana .
 
Oh ya , di situ juga budak mesir yang aku pernah cerita sebelum ni telah memunculkan diri di depan aku . Mahu tak tergamam aku time tu . :3
 
Tazkirah Ramadhan PNB :3
 
Bersama-sama rakan PNB join tazkirah Ramadhan oleh Uztaz Zawawi .
Hujung sana , Wanie , Amy dan Asma :3 tehee.
 
 
 
di sebalik kisah gembira , ada jugak kisah sedih yang melanda tapi apakah layak aku merungut kat sini walhal  Rasulullah lebih hebat sekali menghadapi dugaan daripada kita .
Salam Ramadhan ke 29 semua .
 
Dan juga , selamat hari raya kepada semua , maaf jika saya ada terkasar bahasa ka apa , or apa-apa jenayah kat ampa semua . Yang nak balik kampong tu hati-hatilah ya , tak yah bawa laju-laju , ampa nak pi mana ja . kalau boleh , dalam perjalanan berwirid .
'' Subahanallahwabihammdi ''
 
Insya-Allah , malaikat dan Allah menlindungi kita di setipa perjalanan .
Sedih pula ramadhan dah pergi , apakah tahun depan dapat merasa lagi . Bagi aku , ramadhan kali ini banyak aku belajar dan lalui . Allah Allah ...
 
Hanya Allah yang tahu .